Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 18, 2024 @ 7:18pm

Gandingan Serasi Shukri Yahaya & Ezzanie Jasny Kembali Dalam Kuih Muah!

Gandingan serasi antara pelakon hebat, Shukri Yahaya dan bintang baharu, Ezzanie Jasny kini kembali lagi dalam siri Tonton Original, Kuih Muah!

Bersiaran secara eksklusif di platform Tonton, siri ini turut menampilkan lakonan hebat Kismah Johar, Raden Zaharatul, Muaz Zabir, Aida Khalida, Roy Azman, Megat Sharizal dan ramai lagi.

Mengangkat tema romantik komedi, siri yang bersiaran selama satu jam sebanyak lapan episod ini mendapat sentuhan Joon Goh dan Emir Ezwan selaku sutradara.

Sinopsis KUIH MUAH

Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam (lakonan Shukri Yahaya) yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.

Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul) kecewa. Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek (Kismah Johar), Adam mempelajari seni membuat kuih.

Persaingan tercetus apabila Kyle (Muaz Zabir), rakan sekolah menengah yang sudah lama bermusuh tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih hipster.

Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam daripada berkembang maju tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam!

Dalam proses mengekalkan perniagaan (dan tunangnya), Adam memperoleh pengajaran berharga di mana proses membuat kuih tidak lari jauh dengan kehidupan yang dijalaninya – bahan-bahan mestilah betul, pentingnya perhatian terhadap perincian dan kesabaran adalah kunci utama.

Jangan lupa saksikan Kuih Muah!

Di samping matlamat utamanya untuk menyatukan ibu bapanya kembali dan mencari cinta sejati, Adam mengharungi fasa penting dalam hidupnya apabila menyedari bahawa seperti kuih, hidup ini pahit – tetapi kemanisan sentiasa berlarutan.

Apakah kesudahan yang terjadi? Jangan lupa saksikan Kuih Muah di platform Tonton sekarang!

Tekan di SINI untuk menonton Kuih Muah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Dec 2025

“Dia Menang Sebab Jadi Diri Sendiri” – Umie Aida ‘Kantoikan’ Heliza Helmi, Simpan Trofi ABPBH37 Dalam….

Menurut Umie, tindakan tersebut sememangnya mencerminkan keperibadian Heliza yang sentiasa tampil sederhana.

Trending Mon, 22 Feb 2021

Trending Di Twitter Isu Perlekeh Artis Korea, Janna Nick Tampil Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Fitnah

Pelakon, Penyanyi dan Pengacara Melodi, Janna Nick dilihat mengambil tindakan terhadap individu atau pemilik akaun yang mencetuskan fitnah dan provokasi di laman sosial terhadap dirinya. Menerusi satu hantaran dilaman Twitter miliknya, Janna Nick atau nama […]

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Sheila Rusly Bawa Diri?

Jangan bawa diri jauh-jauh, pleaseeee…

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Featured Wed, 7 Dec 2022
error: Content is protected !!