Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 23, 2024 @ 3:48pm

Ketepikan Rasa Takut, Diana Danielle Mahu Sebar Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Di Media Sosial

Pelakon Diana Danielle mengakui mahu menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran tentang masalah kesihatan kepada umum.

Namun, Diana juga menyatakan dia sering tiada keberanian untuk mengulas tentang perkara itu kerana bimbang dengan penerimaan orang ramai.

“Hari tu kawan saya ada tanya, ‘content’ yang macam mana saya nak buat. Kemudian saya jawab sejak kebelakangan ini saya banyak mengulas tentang kesihatan mental and I want to keep continuing to advocate on mental health.

“Dan dia cakap dia tak pernah nampak saya berbahas tentang perkara itu. Kemudian saya sedar yang sebenarnya saya ada rasa takut untuk bercakap di depan kamera tentang personal experience dan pendapat sebab saya rasa apa yang saya cakap akan jadi berita, bahan media sosial, dan orang akan ambilnya dengan cepat.

“I feel like my fear has stopped me from reaching out to my fellow audience. And I have sort of lost my way, I supposed in using my platform in the best way.

“Jadi, hari ni saya nak mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah sebab saya juga perlu bersuara dan dia masih menakutkan untuk saya,” katanya.

Menerusi perkongsian yang berdurasi empat minit 20 saat itu, Diana telah menjelaskan tentang masalah keresahan (anxiety) dan masalah tekanan (depression).

Menurut Diana, ‘anxiety’ dan ‘depression’ merupakan masalah yang berbeza dan tidak semestinya mengundang kepada masalah kesihatan mental untuk sesetengah individu.

“Bila saya berkongsi tentang ‘anxiety’, ramai yang ingat saya masih ada ‘depression’. Pertama sekali, ‘anxiety’ is not ‘depression’. Anxiety is anxiety. Depression is depression. Jadi, mereka boleh berkait antara satu sama lain tapi ia tak sama.

“Macam ADHD (Attention-deficit/hyperactivity disorder) is not BPD (Bipolar Disorder). you can be Bipolar and you can have ADHD. Hanya sebab awak tertekan, bukan bermaksud awak ada ‘Depression’.

“Semua orang boleh rasa tertekan begitu juga saya. Tapi itu tak membuatkan saya seorang ‘depressive’. Depression ni berlaku secara berpanjangan, jadi saya tak boleh bahaskan tentang perkara itu kerana saya tak ada ‘depression’,” jelasnya.

Dalam pada itu, Diana turut mendedahkan dia mengalami ‘anxiety’ yang berpunca daripada masalah Gerd atau asid reflux yang dialaminya yang secara tidak langsung mengganggu diet pemakanan dan cara hidupnya.

“Saya ada anxiety yang disebabkan oleh Gerd di mana ia boleh pulih. Gerd Anxiety ni lain dari anxiety di mana kita boleh rasa berkait dengan masalah atau the state of your mine. Macam saya, dia fokus kepada diet dan cara hidup saya.

“Dia lebih kepada cara pemakanan saya, pengambilan kopi, waktu rehat saya dan sebagainya tapi dia adalah Gerd. Tapi semua tu lain. Jadi saya nak tekankan yang anxiety bukan depression dan ADHD bukan Bipolar.

“Setakat ini dahulu saya ulas, mungkin satu hari nanti saya akan ulas tentang ADHD dan macam mana saya hadapi dan kawal the symptoms,” katanya.

@diana.danielleLet’s start with hello 😘

♬ original sound – Diana Danielle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Trending Wed, 2 Mar 2022

“Menjadi-Jadi Sejak Saya Berkahwin Dengan Heliza Helmi” – Datuk Seri Mahadi Dakwa Scammer Pelaburan Guna Nama, Gambar & Video

Suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mendakwa namanya digunakan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud. Mahadi yang merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ mengesan pihak dan individu […]

Trending Mon, 9 Apr 2018

儿灿笑收「苹果手机」开箱秒变眼神死

英国苏格兰喜剧演员希南(Joe Heenan)日前送儿子「苹果手机」当作复活节礼物,让他露出灿烂的笑容,没想到这居然是老爸用来恶作剧的道具,让儿子瞬间「眼神死」。

Featured Sun, 13 Feb 2022
Hiburan Mon, 11 Nov 2024

Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman PERKESO tahun lalu

error: Content is protected !!