Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 23, 2024 @ 11:30am

Didakwa Tidak Berdisiplin… Nafi ‘Besar Kepala’, Erysha Emyra Mohon Maaf

“Jika ada mana-mana pihak yang terasa, saya minta maaf,” demikian kata pelakon dan pempengaruh Erysha Emyra yang  didakwa tidak berdisiplin dan mula ‘besar kepala’ dalam industri hiburan tanah air.

Difahamkan, dakwaan tersebut timbul kerana dia dikatakan tidak berdisiplin ketika mengikuti trip ke luar negara tahun lalu dan lambat memuat naik hasil kerja yang ditetapkan penganjur.

Menyedari perkara itu, Erysha tampil memberikan penjelasan berhubungan isu tersebut kerana enggan menimbulkan sebarang spekulasi lain.

“Iye ke? Setahu saya, saya tak pernah pun ambil masa orang lain atau biarkan orang tunggu lama. Kalau lambat pun, mungkin hanya lima minit sahaja. Kalau nak kata lambat, ada orang lain yang lebih lambat daripada saya.

“Lagipun saya tak dapat apa-apa rungutan atau maklum balas negatif daripada penganjur setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Erysha juga tidak menafikan dia pernah terlewat memuat naik hasil kerja yang telah dipersetujui dengan penganjur.

Kata Erysha, pada ketika itu dia memilih untuk menangguhkan seketika ‘posting’ tersebut kerana enggan dituduh kurang sensitif di saat isu Palestin sedang hangat.

Mengulas dakwaan lewat muat naik hantaran berkaitan kerja yang sudah dipersetujui awal dengan penganjur, Erysha tidak nafikan.

“Memang betul saya terlewat untuk muat naik entri dalam media sosial. Sepatutnya, selepas balik trip ke luar negara, saya kena buat ‘posting’. Tapi memandangkan masa itu isu Palestin sedang hangat, saya dan pengurusan memutuskan untuk tangguh dahulu.

“Saya tak mahu dituduh tidak sensitif apabila muat naik hantaran yang menunjukkan saya sedang bersuka ria ketika ada orang lain sedang berduka,” jelasnya.

Erysha bagaimanapun mengakui khilafnya menangguhkan kerjanya terlalu lama dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat.

“Secara kebetulan, saya masuk set penggambaran selepas itu. Bila sudah berada di lokasi saya memang tak boleh buat kerja lain. Dalam masa sama, bapa saya pula meninggal dunia, jadi saya memang tak boleh nak fokus.

“Saya tak akan buat kalau ada permintaan daripada klien buat kempen ketika saya sedang menjalani penggambaran. Lagipun, projek ini tidak membabitkan kontrak dan syarat. Jika ada mana-mana pihak terasa, saya minta maaf,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 20 Dec 2025

“Saya Tak Rela Anak Saya Dipukul Hari-Hari” – Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Ceraikan Isteri

Nik Sen menggesa agar Kamal melepaskan anaknya sekali gus menamatkan perkahwinan mereka.

Hiburan Thu, 20 Nov 2025

‘Diserang’ Warga Indonesia Isu Batik, Aisha Retno Tampil Bersuara

Aisha Retno berkata dia amat menyukai batik Indonesia memandangkan ibunya adalah orang asli negara berkenaan

Trending Tue, 1 Dec 2020
Featured Tue, 6 Dec 2022
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn – Peguam

Featured Wed, 26 Feb 2025

Kalis Kecaman, Fattah Amin Nafi ‘Jual’ Kisah Peribadi

Fattah Akin nafi jual kisah peribadi.

Hiburan Thu, 10 Apr 2025

Aprena Manrose Nafi Rumah Tangga Retak, Suami Tak Dapat Beraya Bersama Sebab Kerja

Aprena Manrose hanya merajuk dengan suami, nafi ada masalah rumah tangga

error: Content is protected !!