Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 23, 2024 @ 3:28pm

Bawa Watak Anak Ikan Dalam Drama Lelaki Itu Hingga Penonton Rasa Geli, Ameerul Asyraf Syukur Lakonan Menjadi 

Pelakon Ameerul Asyraf meluahkan rasa syukur apabila lakonannya dalam drama hits TV3, Lelaki Itu mendapat maklum balas positif daripada penonton.

Menurut Ameerul, dia yang memegang watak sebagai Imran dalam karya terbitan penerbit Erma Fatima itu mengakui menerima impak besar dalam kariernya.

Oleh itu, pelakon yang sudah lima tahun mengabdikan diri dalam dunia lakonan itu berterima kasih kepada Erma dan pengarah, Nur Ain Shariff atas kepercayaan yang diberikan untuk berlakon dalam drama Lelaki Itu.

“Allahu nikmat apa lagi kau dustakan. Jutaan terima kasih kak @ermafatima atas pelauang yang diberikan.

“Watak Imran ni beri impak yang sangat besar untuk diri saya. Alhamdulillah rezeki luar biasa watak kali ini.

“Terima kasih juga untuk pengarah @nursharif atas idea dan  tunjuk ajar semasa di set penggambaran,” tulisnya di Instagram.

Ternyata, watak sebagai ‘anak ikan’ boleh dikatakan menjadi sekali gus membuatkan penonton berasa kurang senang dengan gelagatnya dalam drama bersiri itu.

Lelaki Itu sedang bersiaran di Slot Samarinda TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam dan juga boleh distrim di tonton.com.my

Lelaki Itu menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nabila Huda, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Hannah Delisha, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintangi Drama Lelaki Itu, Sarimah Ibrahim Perlu Menangis Lapan Kali Dalam Masa Satu Hari – “Saya Tak Pernah Bawa Watak Begini”

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Nur Fazura Struggle Nak Hafal Dialog – “Satu Page Pun Lembab”

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra Akui Drama Lelaki Itu Penuh Emosi, Pilih Karya Erma Fatima Sebagai Dedikasi Buat Arwah Ibu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

‘Kilang Komedi’ Terima Respon Positif Peminat

Di The Joke Factory juga, kami ada slot khas dipanggil segmen Gelak Gelita iaitu pelawak Melayu yang mengetengahkan bakat mereka. Segmen ini diadakan setiap Isnin pada jam 8.30 malam.

Trending Sat, 30 Dec 2017

Hukuman Penjara 13,275 Tahun Siapakah Dia?

hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht di Thailand baru-baru ini

Featured Wed, 28 Sep 2022
Selebriti Tue, 15 Aug 2023
Trending Fri, 4 May 2018

Kalau Tak Nak Kena Denda RM5000, Jangan Sebar Gambar Kertas Undi. Take Note Ya!

Jangan sebar gambar dokumen berkaitan PRU kalau tak nak kena denda!

Featured Sat, 20 Dec 2025

Zahiril Adzim Tak Kejar Populariti, Akui Drama Buat Orang ‘Ingat’ – “Saya Buat Cara Saya Untuk Setiap Watak”

Zahiril menegaskan pemilihan drama bukan bermakna mengorbankan kualiti, sebaliknya disesuaikan dengan cita rasa penonton masa kini.

error: Content is protected !!