Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 19, 2018 @ 7:24pm

‘Kilang Komedi’ Terima Respon Positif Peminat

Hidup tanpa tawa? Pastik bosan kan? Oleh kerana itu, pelawak terkenal bakal membariskan lebih ramai pelawak berbakat untuk diketengahkan di The Joke Factory di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.

Mewakili pelawak Harith Iskander, isterinya Dr Jezamine Lim memberitahu ‘kilang komedi’ yang mula beroperasi sejak Ogos lalu mula mendapat respon positif daripada orang ramai. 

” Kami bukan sahaja mengetengahkan jenaka dalam Bahasa Malaysia malah dalam Tamil, Kantonis dan Mandarin.

” Setakat ini kami sudah menjemput beberapa pelawak tempatan seperti Sharon Lee, Suresh dan Ananda dari Thr Raaga untuk persembahan mingguan di sini.

” Di The Joke Factory juga, kami ada slot khas dipanggil segmen Gelak Gelita iaitu pelawak Melayu yang mengetengahkan bakat mereka. Segmen ini diadakan setiap Isnin pada jam 8.30 malam,” katanya kepada xtra.

Dalam masa sama, Jezamine juga berhasrat memanggil beberapa pelawak wanita berbakat besar seperti Dina Nazir, Sherry Al-Hadad dan Adibah Noor untuk membuat persembahan. 

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, usaha mewujudkan pentas komedi bertempat di pusat beli belah Publika ini bukan hanya mengajak penonton untuk sekadar bergelak tawa sahaja malah lebih daripada itu.

” Kami mahu menerapkan budaya di kalangan Malaysia untuk tenangkan fikiran dengan komedi ‘bersih’ tanpa menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini. Itu janji kami di The Joke Factory. Lebih intim dan interaksi antara penonton dan pelawak,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tak gitu?

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Makin Senior, Makin Berbisa! Rosyam Nor, Erra Fazira Syukur Rezeki Melimpah

Dalam usia karier yang semakin matang, Rosyam Nor & Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana permintaan terhadap mereka masih kuat.

Filem Tue, 10 Oct 2023

“Batal Tayangan Pagari Bulan, FINAS Buat Apa?” – Michael Ang Luah Rasa Terkilan

Kalau Mic tak bagi tahu, serious tak tahu kewujudan Pagari Bulan 😅😖

Hiburan Sun, 21 Sep 2025
LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Hiburan Mon, 29 Dec 2025
error: Content is protected !!