Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 26, 2024 @ 5:19pm

[VIDEO] Ramai Puji Lagu Raya Best, Nyanyian Makin Bagus… Nabila Razali Tak Mahu Rasa Selesa

Penyanyi Nabila Razali menjadi perhatian dia media sosial, baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Nabila di atas pentas.

Pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Siti Nurhaliza itu, Nabila membuat persembahan dengan menyanyikan lagu raya nyanyiannya yang berjudul Raya Mana.

@haery_deanNabila Razali – Raya Mana? @ Majlis Rumah Terbuka Raya Aidilfitri CTDK Holdings & Yayasan NurJiwa♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap persembahan pelantun lagu Peluang Kedua itu.

Menjengah ke ruangan balas, ramai menyifatkan lagu raya pertama Nabila itu sedap didengar malah nyanyian secara live itu juga dipuji semakin baik.

nabila razalinabila razalinabila razali

Terdahulu ketika ditemui XTRA, Nabila Razali memaklumkan dia enggan berasa selesa dengan pujian apabila ramai menyifatkan kualiti nyanyiannya semakin baik.

Menurut Nabila, dia mengakui kata-kata netizen membuat dia mahu berusaha membuktikan kemampuan dirinya untuk menyanyi dengan baik.

“Alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada guru vokal saya dan juga pengalaman-pengalaman terdahulu saya.

“Netizen juga mengingatkan saya seperti meminta untuk menyanyi dengan betul-betul, jadi saya suka dengan komen-komen yang beri saya semangat. Terima kasih.

“Jauh lagi perjalanan karier saya, walaupun orang cakap saya semakin matang dalam nyanyian tetapi saya tak mahu rasa selesa dengan keadaan itu.

“Banyak lagi benda dan perkara yang saya mahu belajar, harap saya dapat menyanyi lebih bagus lagi dan buat peminat gembira,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja Lagu Raya Guna Sign Language, Nabila Razali Tuai Pujian – “Dah Lah Cantik, Pandai Sign Language Pula Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami, Nabila Razali Masuk Dapur Jam 2 Pagi Sediakan Sahur – “Saya Agak Nervous”

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Dah Sedia Hadap Soalan Fasal Zuriat Raya Nanti – “Jika Ada Yang Tanya, Jawapan Saya Adalah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarkan Lagu Raya Pertama, Nabila Razali Tak Kisah Lagu Raya Lain Dah ‘Meletup’ Dulu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Sep 2022

“Habis Tu Aku Kena Diam Ke C*ba*!” – YouTuber Didakwa ‘Koyak’, Dikecam Gara-Gara Filem Mat Kilau

Opssss! isu baru pulakkk timbul! #MatKilau dah hampiri kutipan RM100 juta dah weii… Udah lerr tu!👀

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

郑秀文以患者身份:不要害怕,一定有出路可行!

Sammi郑秀文于2005年拍摄电影《长恨歌》后,销声匿迹了3年,最终凭着朋友的支持以及宗教信仰,让她渐渐康复。看过了韩国团体SHINee钟铉留下的遗书,她不禁于21日凌晨以过来人身份发帖。

Events Wed, 27 Jun 2018

” Single, But Not Available!” – Fasha Sandha Perjelas Video Peluk Cium Aidil

Fasha mengakui sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang tetapi masih belum mahu memikirkan soal perkahwinan kerana mahu terus fokus terhadap kerjaya seninya

Trending Mon, 11 Jun 2018

Gempar! Kubur Dipenuhi Ular Berbisa Walaupun Arwah Seorang Dermawan

Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak2 untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya.tak kesampaian tok…Dia dah dipanggil Allah,”

Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Featured Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!