Trending By: Fatin Nurain April 24, 2024 @ 4:03pm

“Inilah Kemanisan Orang Bersabar” – Sudah Bersua Muka, Bella Astillah Lega Sarah Yasmine Bersikap Jujur & Kemuka Bukti Tambahan

“Inilah kemanisan orang bersabar,” demikian kata penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas wanita yang bernama Sarah Yasmine mendedahkan hubungannya bersama suaminya, Aliff Aziz.

Isnin lalu, kontroversi rumah tangga Bella dan Aliff kembali hangat diperkatakan selepas Sarah yang mendakwa dirinya kekasih kepada penyanyi itu mendedahkan konversasi suaminya dan aktres, Ruhainies merancang untuk menjatuhkannya.

Menurut Bella, dia tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana Sarah merupakan salah seorang dari 11 orang wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya.

“Sebenarnya saya tak terkejut sebab itulah nama yang ada dalam senarai yang saya pernah cakap tu. kan saya letak recorder dalam kereta.

“Jadi saya dah tahu dah siapa perempuan tu cuma saya tak tahu secara details. Dengan apa yang dia cerita tu saya terkejut juga.

“Tapi saya rasa inilah kemanisan orang yang bersabar di mana kebenaran itu datang dengan sendiri tatkala saya sibuk bekerja,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Bella ketika ditemui XTRA di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia, di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu menyatakan dia kini dalam fasa move on, namun lega bukti yang dikemukakan wanita itu membantunya untuk kes prosiding mahkamah nanti.

“Sebenarnya saya dah ke arah move on. Saya bekerja dan besarkan anak. Bila benda ni datang saya terkejut dan anggap Allah nak permudahkan kerana segala bukti-bukti ditambah lagi untuk kes mahkamah.

”Memang sebenarnya saya lega dengan apa yang diberikan oleh Sarah,” jelasnya.

Tambah Bella, Sarah merupakan kekasih Aliff yang berasal dari Singapura dan dia pun sudah bertentang mata dengan wanita itu selepas dihubunginya beberapa kali.

“Saya dah berjumpa dengan dia selepas dia call saya banyak kali di Whatsapp. Mula-mula saya rasa macam dah taknak layan tapi rasa macam kesian dan berjumpa dengan dia seminggu lalu. Dan sebab itu saya follow dia di Instagram.

”Saya bukan menyokong dia tapi sebab dia mengaku dan jujur. Sekurang-kurangnya dia minta maaf. Saya nak perkara ini habis dengan cepat tapi apa yang dikongsi oleh Sarah terlalu banyak dan cukup untuk saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya […]

Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Trending Sat, 22 Jun 2019

世界最孤独房屋!独享「全岛海景」却没人敢住

拥有开阔视野的「海景房」在旅游时通常特别受人欢迎,但冰岛却有一栋乏人问津的海景房,并不是每个人都能忍受得了的。