Hiburan By: Padin July 31, 2022 @ 4:51pm

Viral Ibu Bawa Anak ‘Pelapis Siti Nurhaliza’ Tak Cukup Umur Masuk Program Realiti TV3, Akhirnya Video Uji Bakat Didedahkan… Netizen Setuju Adik Ni Boleh Nyanyi!

Masih ingat dengan video viral yang dimuat naik oleh akaun TikTok TV3 bulan lalu?

Video yang meraih hampir 1 juta tontonan ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang membawa anaknya menyertai sesi uji bakat untuk sebuah program realiti terbaharu di TV3.

Malangnya, anak itu tidak dibenarkan menyertai sesi uji bakat kerana tidak cukup had umur untuk menyertai program terbabit.

@tv3malaysia Uishh belum tengahari ujibakat kita dah panas ya 😳🔥 #PlaylistAJL #tv3malaysia ♬ original sound – TV3Malaysia

Sebagai seorang ibu yang menyokong minat anak, wanita tersebut merayu krew produksi untuk membiarkan anaknya menyertai uji bakat terbabit.

Ibu itu meyakinkan krew produksi dan mengatakan anaknya berbakat serta merupakan pelapis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Video itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata kagum dengan semangat ibunya yang sangat supportive.

Semalam, pihak produksi telah mengeluarkan video uji bakat adik itu di hadapan Datuk Syafinaz Selamat dan Zimi Sofazr yang bertindak selaku juri di sesi terbabit.

@tv3malaysia Haa jom kita layan full version audition adik ni menyanyi. Korang semua wondering kan macam mana? Amacam? Ada sama tak? #tv3malaysia #terpalingjuara #playlistajl ♬ original sound – TV3Malaysia

Sudah meraih lebih 900,000 tontonan di platform TikTok, rata-rata bersetuju yang adik comel itu mempunyai bakat nyanyian, tapi sayangnya tidak cukup umur.

Ramai juga netizen yang mencadangkan adik ini menyertai Idola Kecil sekiranya program itu dikembalikan nanti.

Tak sabar nak tonton program realiti terbaharu di TV3 yang bakal bersiaran Ogos nanti, sama-sama kita nantikan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Jul 2019

Get Inside ‘Time Capsule’, The Most Hyped Fashion Event In KL That Got Socialites Talking!

Check out this hype fashion exhibition in KLCC, admission is free!

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

“Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Allahu kesiannya baby Musa.. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan cara baik

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Menangis Bukan Kerana Cengeng, Lara Alana Mudah Tersentuh

Walaupun baru berusia 4 tahun, Lara Alana sudah mampu menghayati sesebuah lagu. Wow!

Trending Fri, 5 Jul 2019
Trending Thu, 22 Nov 2018

MAS Responds to Live Review of Flight From Kuala Lumpur to London

Malaysian Airlines is really concerned about his flight experience.