Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 6, 2024 @ 1:23pm

“Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mendakwa anak angkatnya, Musa mengalami trauma selepas dibawa keluar dari rumah tanpa keizinan dan kebenarannya selama lebih tiga minggu oleh bekas suaminya yang juga penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Memetik laporan Harian Metro, Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman, 44, memberitahu Musa berada dalam keadaan tidak terurus sehingga terpaksa dibawa berjumpa doktor dan pakar psikiatri.

“Bayangkan budak sekecil itu diambil keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

“Dia tercari-cari mak dia, tapi tak boleh nak jumpa. Dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga dengan saya, sangat risaukan dia.

“Sewaktu Musa pulang ke rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.

“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa orang doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” jelasnya.

Tambahnya, simptom trauma Musa dikatakan berpunca daripada masalah pengabaian ibu bapa (abandonment issue).

“Sebagai contoh kalau saya nak bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya. Dia seolah-olah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya, Essam Muhammad menegaskan Musa bukan objek untuk diperkotak-katik dalam kemelut itu.

“Tiada anak yang ingin membesar bersama ibu bapa yang bercerai. Kenapa Musa yang tidak stabil perlu terbabit dalam keadaan begini. Bekas suami dia (Mizz Nina) bukan ayah kandung dan namanya juga tiada dalam dokumen rasmi.

“Dia (Noh) juga sudah menandatangani SD (akaun berkanun) selepas bercerai dan tiba-tiba masa kami berkahwin, dia datang nak ambil Musa. Musa bukan boleh dibuang sesuka hati. Hormati dia sebagai seorang manusia dan kanak-kanak,” katanya.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Mizz Nina menyifatkan ia sebagai satu pengkhianatan dan memberikan kesan emosi kepadanya, apatah lagi, dirinya adalah ibu susuan Musa dan tidak pernah berjauhan dengan anak angkatnya selama itu.

Katanya, kejadian anaknya dibawa keluar dari rumahnya berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

非看《2017 Mnet Asian Music Awards》不可的原因!

今年迎来第九个年头的MAMA(Mnet Asian Music Awards),是由亚洲领先影视娱乐及媒体公司CJ E&M举办。相较于过往,这届的亚洲第一大国际音乐盛典到底有哪些point让你非看不可呢?

Featured Fri, 14 Jun 2024

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Korang jangan lupa saksikan okay drma terbaru ni!!

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Elly Mazlein, Azlan Selamat Bertunang

Alhamdulillah, selamat bertunang Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Tak Mahu Ingat Benda Lama, Tasha Shilla Kini Lebih Tenang

Pelakon jelita Tasha Shilla mengakui dirinya lebih tenang selepas mengorbankan beberapa perkara dalam hidupnya. Kata pelakon drama Kamar Kamariah ketika ditemui, Tasha memaklumkan dia kini dalam proses memulihkan kesihatan fizikal dan mental. “ Banyak perkara […]

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: “Apa Jadi Dengan Awak Ni?” – Yusry & Ziana Beri Kritikan Tajam Kepada Rezza Shah, Menyesal Beri Imuniti?

Juri tetap CSOIAM, Ziana Zain & Yusry Abdul Halim memberikan komen pedas kepada Rezza Shah.

Events Tue, 7 Jan 2020
error: Content is protected !!