Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2024 @ 11:13am

“Kebahagiaan Yang Dicari…” – Kapsyen Suami Bersyukur Dah Bina Mahligai Cinta Baharu Dikritik, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Raih Tanda Tanya

Status rumah tangga pelakon dan pengacara Irma Hasmie mula menjadi bualan ramai di platform media sosial sejak tahun lalu.

Terkini, pelbagai spekulasi dan dakwaan rumah tangga tercetus selepas suaminya, Redza Syah Azmeer memaklumkan telah mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama pilihan hatinya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Redza memuat naik foto-foto ketika majlis pernikahan bersama isteri baharunya itu.

Irma Hasmie

“Bismillah… New journey has begun, the focus will be family, career & future together…

“Jazakumullahukahir to all for the prayers…

“Semoga Allah SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian & pertemukan kebahagiaan yang dicari, Amin Ya Rabbalalamin,” tulisnya.

Irma Hasmie
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik kapsyen Redza yang seolah-olah menggambarkan dirinya tidak bahagia dalam perkahwinan bersama Irma.

Irma Hasmie
Bagaimanapun, sehingga kini Irma masih diam membisu berhubung konflik rumah tangganya itu.

Sebelum ini, Irma pernah berkongsi pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.

Perkahwinannya bersama Redza didakwa bergolak selepas masing-masing sudah lama tidak berkongsi foto bersama di media sosial.

Bukan itu sahaja, sumber mendakwa mereka juga sudah tidak tinggal sebumbung.

Artikel Berkaitan: Irma Hasmie Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah

Artikel Berkaitan: Irma Hasmie Buat Perkongsian Soal Ujian Dalam Hidup, Pengikut Beri Kata Semangat – “Sabar… Allah Takkan Bawa Sejauh Ini Untuk Gagal”

Artikel Berkaitan: Kapsyen Sedih Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Enggan Buka Mulut Soal Rumah Tangga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
FESYEN Wed, 13 Feb 2019

Pertama Kali Potong Rambut, Gambar Anak Kourtney Kardashian Curi Tumpuan

Comelnya! Sekali pandang nampak macam Khloe pula kan?

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Alahai, kesian Sweet. First time jadi host kan guysss 🥹 Its okay Sweet, pengalaman mematangkan ❤️‍🔥

Trending Fri, 2 Apr 2021

Pengeluaran i-Sinar Beri Impak Positif

Semoga ekonomi negara makin kukuh walaupun masih dalam Krisis Covid-19

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!