Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2024 @ 3:00pm

Ameerul Asyraf Terkilan Terpalit Isu ‘Face Shaming’ – “Sedih! Tapi Sekurang-Kurangnya Saya Berjaya Membawa ‘Kebencian’ Kepada Netizen”

Pelakon Ameerul Asyraf mengaku terkilan apabila terpalit dengan isu ‘face shaming’ termasuklah menerima komen ‘jelek’ di media sosial menerusi drama rantaian popular TV3 berjudul, Lelaki Itu.

Katanya, walaupun terpalit dengan isu ‘face shaming’, namun dia bersyukur dan berasa bangga apabila watak sebagai ‘anak ikan’ berjaya dibawakannya.

Malah, dia juga tidak serik jika diberikan tawaran untuk memegang watak sama dalam mana-mana naskah selepas ini, sekaligus bersyukur menerima maklum balas positif apabila masyarakat mula mengenali dirinya dalam industri hiburan tanah air.

“Watak saya ini, saya telah berjaya membawakannya. Dan jika ada tawaran untuk membawa watak sebegini (anak ikan) saya tetap akan ambil.

“Walaupun netizen dekat Malaysia ni ‘kaki’ kecam… Saya sebenarnya baca komen-komen yang ditinggalkan, sedih juga… walaupun mereka tak body shaming saya, tapi face shaming.

“Walaupun sedih tapi saya okay… sekurang-kurangnya ia bagus untuk saya memberikan ‘kebencian’ kepada mereka.

“Impaknya orang lebih mengenali saya tapi followers saya masih sama. Namun, saya memandang dari sudut positif bahawa orang ramai mula mengenali saya apabila saya membawakan watak sebegitu,” ulasnya.

Ameerul berkata demikian ketika ditemui pada majlis Close UP  bagi drama Lelaki Itu yang diadakan di Hadramawt Kitchen, Ampang pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ameerul memaklumkan, dia juga sudah menerima beberapa tawaran lakonan dan sekarang ini masih sibuk untuk menguruskan jadual perjalanan karier seninya.

“Syukur alhamdulillah, tawaran tu ada cuma saya kena refer kepada pihak pengurusan saya untuk lock the date. Sekarang masih terlibat dengan beberapa interview,” katanya.

Empat bulan melayari bahtera perkahwinan, Ameerul berkata, setiap kali terlibat penggambaran, isteri akan menemaninya bagi mengelakkan salah faham dan sebagai langkah berjaga-jaga apatah lagi isu penyondol kini semakin hangat diperkatakan.

Menolak dakwaan kononnya dia tidak yakin dengan diri sendiri mengenai isu penyondol, Ameerul bagaimanapun menjelaskan, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk apatah lagi naluri seorang lelaki sukar untuk menidakkan perkara itu.

“Empat bulan melayari kehidupan berumah tangga, saya rasa biasa dan masih lalui fasa itu.

“Walaupun isteri bukan dari orang industri, tetapi setiap kali saya pergi shooting, isteri saya akan ikut memandangkan isu sondol-menyondol ni tengah hangat diperkatakan.

“Saya yakin cuma bila kita digoda ni kan… kadang-kadang kita sebagai naluri lelaki susah untuk menidakkan benda itu. Tapi saya rasa ia bagus juga, sebab sekurang-kurangnya suami itu ‘dijaga’. Apatah lagi lelaki ni selalunya akan kecundang. Sama seperti cerita dalam drama Lelaki Itu,” jelasnya.

Terdahulu, Ameerul yang memegang watak sebagai Imran dalam ‘Lelaki Itu’ merupakan ‘anak ikan’ kepada Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan kekasih kepada Syarifah Bainah (Nadia Brian)

Sekadar info, drama 30 episod ini telahpun melabukan tirainya pada malam tadi dengan jumlah capaian sebanyak 1.13 billion di platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

ARTIKEL BERKAITAN:Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2024
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Benda boleh jimat, buat apa nak membazir kan?

Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Dia Tak Tahu Sebelah Dia Tu Bakal Suami’- Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Lama Dengan Isteri

Semoga Fahrin Ahmad dan Elena sentiasa bahagia didunia dan diakhirat

Trending Fri, 15 Jun 2018

Bukti Seorang Bapa Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Anak

Bapa ini mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya…

Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

Hiburan Sun, 6 May 2018

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama…

error: Content is protected !!