Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 1, 2024 @ 6:14pm

“Jangan Gaduh Kerana Buaya” – Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Nilai Diri

“Jangan bergaduh hanya disebabkan seekor ‘buaya’.”

Itu pesanan pelakon dan usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri kepada kaum hawa agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing.

Aktres drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama dengan Remy Ishak itu berkongsi perkara terbabit ketika sesi langsung yang diadakan di laman sosial TikTok @thalia.baiduri malam tadi ketika bersembang bersama pengikutnya.

“Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.

“Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.

“Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya,” katanya.

Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.

Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.

“Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan,” katanya.

Thalia mengakui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.

” Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.

“Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.

“Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.

“Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.

“Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik,” katanya.

Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.

Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 22 Apr 2025

Muat Naik Video Nikah, Aliff Syukri Dipuji Lelaki ‘Forest Flag’ – “Walau Dihina, Dia Tetap Angkat Darjat Isteri”

Aliff Syukri dipuji netizen angkat darjat isterinya makin tinggi walau teruk dikecam netizen

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Sampai Kiamat Kita Takkan Boleh Melupakan” – Iddin Ramli Kongsi Tip ‘Move On’ Raih Perhatian

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli berkongsi tips ‘move on’ dan ia mendapat perhatian ramai. @iddinramliiIkhlaskan saja♬ original sound – Iddin Ramli Menerusi video berdurasi 43 saat itu, Iddin mengupas isu berkenaan bagaimana untuk […]

Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Events Fri, 27 Dec 2019

陈慧恬自爆好事近!笑言「确定了一定会通知」

首要媒体2020年新春活动《鼠来宝 笑笑力量大》首个任务就派出了两位「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,散播正能量。

error: Content is protected !!