Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 12, 2022 @ 7:59am

Tewaskan Lagu Siti Nurhaliza, Wany Hasrita, Noraniza Idris: “Sudah Lebih 7 Tahun Dalam Industri, Mesti Ada Pertikaian Netizen” – Ziha Salleh

Penyanyi dan pelakon Ziha Salleh, 27, tidak menjangkakan kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-23 yang berlangsung malam tadi.

Meraih trofi Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu Adat Kasih, Ziha berjaya menewaskan empat calon lain seperti Anakanda nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kucuma (nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah), Intan Payung (Bunga menampilkan Noraniza Idris) dan Sang Purnama (Wany Hasrita dan Wani Syaz).

“Bila saya tercalon, saya tak harap akan menang kerana yang tersenarai semuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya menyampaikan lagu ciptaan Aubrey Suwito dan Tinta ini dengan sehabis baik.

“Saya terkejut dan bersyukur, tak sangka boleh meraih trofi ini dan menewaskan calon-calon lain yang sangat berbakat. Selama tujuh tahun dalam industri seni, ini merupakan kemunculan semula saya dalam bidang muzik.

“Dulu saya pernah menyertai program realiti nyanyian di salah sebuah stesen televisyen berbayar pada 2014. Selepas itu, saya banyak berlakon dan lagu ini menjadi ‘comeback’ untuk saya,” katanya.

Bersedia untuk menghadapi kritikan dan pertikaian netizen apabila berjaya menewaskan calon-calon prolifik, Ziha memandang perkara ini dari sudut positif.

“Saya dah lalui pelbagai perkara sepanjang lebih tujuh tahun bekerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya nak dengar apa kata netizen dan mungkin akan saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik akan saya baiki.

“Sebenarnya, lagu ini saya dedikasikan kepada ibu bapa saya. Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional. Insya-Allah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluar dengan karya yang irama Malaysia dan etnik kreatif,” katanya lagi.

Selain kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, Ziha turut membawa pulang trofi Kulit Single / Album terbaik menewaskan Salammusik (Borak), Amylea (Kendati), Razak A’ai (Radio) dan Dayang Nurfaizah (Belagu).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 18 Mar 2026

Chef Riz Kembangkan Kerjaya Kulinari Dengan Restoran Baharu

Chef Riz terus mengorak langkah dalam dunia kulinari.

Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

Siti Nurhaliza berkongsi detik manis menonton filem animasi Ejen Ali The Movie 2 bersama anak-anak.

Featured Thu, 24 Apr 2025

Dibandingkan Dengan Abby Abadi Isu Nafkah, Rita Rudaini Mohon Doakan Yang Terbaik – “Cerita Orang Tak Sama…”

“Sekarang mereka berkata lagi ‘Abby kena belajar jadi macam si polan si polan”- Rita

Trending Tue, 24 Mar 2020
Hiburan Tue, 15 Jan 2019

抢不到「大吉」玩偶和周边商品?担心什么~用这方法就好啦!

抢不到「大吉」玩偶和精美的周边商品?担心什么~用着方法就好啦!

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Mon, 23 May 2022
Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Sarah Hildebrand Bukan Obses Kat Remy Ishak, Tapi…

Ingat! Nadine tak obses dengan Danny okay. Nanti adda orang marah tau…

error: Content is protected !!