Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 2, 2025 @ 2:20pm

Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut tidak ketinggalan meluangkan masa cuti sekolah bersama dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, dengan menonton filem animasi tempatan yang hangat diperkatakan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Menerusi satu perkongsian video pendek di akaun TikTok rasmi miliknya, @toktitiktok, Siti berkongsi detik manis menonton filem animasi itu bersama keluarga sambil memuji kandungan dan mesej positif yang dibawakan.

“Bawa Afwa dan Aafiyah menonton Ejen Ali. Bagi saya, movie Ejen Ali banyak mesej positif yang ditampilkan,cmengajar anak kita tentang disiplin, keberanian dan keyakinan diri,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

@toktitiktok Bawak Afwa & Aafiyah menonton Ejen Ali .. #EjenAliTheMovie2 ♬ original sound – Siti Nurhaliza

Siti turut menggalakkan ibu bapa agar mengambil peluang sempena cuti persekolahan untuk membawa anak-anak menonton filem tersebut.

“Parents bolehlah bawa seisi keluarga menonton bersama di musim cuti sekolah ni!” tambahnya lagi.

Perkongsian penyanyi kesayangan ramai itu mendapat sambutan hangat daripada peminat yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Biduanita Negara mengenai filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation itu

Ejen Ali The Movie 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara dan mendapat sambutan luar biasa, bukan sahaja daripada kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa yang menghargai mesej kekeluargaan, semangat berpasukan dan keberanian yang disampaikan menerusi kisah perjuangan Ali dan rakan-rakannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 May 2025
Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Jarang Dapat Tawaran Berlakon, Fiza Thomas Kecil Hati?

Kadang-kadang saya hairan kenapa susah dapat tawaran sedangkan saya pernah pegang watak pembantu dalam sebuah drama popular dahulu…

Featured Wed, 21 Apr 2021

‘Selamat Hari Jadi, Dr Noor Hisham’ !

Sempena ulang tahun Tan Sri Datuk Sri Noor Hisham Abdullah yang ke 58, orang ramai hari ini membanjiri ruangan komen di laman Facebook beliau. Meninjau di laman Facebook, rata rata orang ramai mendoakan agar Dr […]

Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

“Bukan Kecil atau Mancungkan” – Zahiril Adzim Perjelas Rawatan Hidung Cuma Lemahkan Otot Elak Terlalu Kembang

Zahiril Adzim turut menafikan dia melalukan rawatan tersebut kerana berasa kurang keyakinan diri, sekali gus memaklumkan ia adalah percubaan pertamanya.

error: Content is protected !!