Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 20, 2024 @ 2:36pm

Mahu kes Dibicarakan, Alif Teega Mengaku Tak Bersalah Dakwaan Seleweng Dana Lebih RM63,000

Pempengaruh sensasi, Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam berjumlah lebih RM63,000 ketika menjalani dua program infaq pada April dan Jun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, yang hadir ke Mahkamah Sesyen ditemani isterinya, Aisyah Hijanah memohon kes tersebut untuk dibicarakan.

Bagi pertuduhan pertama, Alif didakwa berlaku tidak jujur menggunakan wang mencecah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq di Mekah, Syria, dan Palestin pada 26 April lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua Alif disyaki terlibat dalam salah guna wang derma merangkumi jumlah tunai sebanyak RM37,558. 13 bagi tujuan JOM! SERTAI INFAQ DAGING QURBAN pada 15 Jun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Alif didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaaan yang merangkumi hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebat dan denda.

Julai lalu, pasangan pempengaruh islamik ini ditahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung kes salah guna kuasa.

Susulan itu, Alif dan isterinya memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap dakwaan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan, namun permohonannya ditolak oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Terdahulu, Alif menafikan dakwaan penyelewengan dan pecah amanah serta menegaskan mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi seperti yang heboh di platform media sosial baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Alif Teega & Isteri Pertama Masih Utuh, Dakwaan Bakal Bercerai Tidak Benar?  – “Saya & Aisyah Tak Ada Cakap Apa-Apa”

Artikel Berkaitan: Alif Teega Minta Individu Disebalik Akaun FB ‘Scam No One’ Dedah Identiti Sebenar, Dakwa Pemfitnah ‘Edit’ Bukti Seleweng Dana

Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Songlap Duit Kutipan Derma, Alif Teega Buka Mulut – “Terlalu Banyak Tuduhan & Fitnah Tak Berasas Dicipta”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Jan 2021

Setahun Menyepi, Syamel Tampil Dengan Genre Berbeza Menerusi ‘Halusinasi’

Wah, tak sabar nak dengar single terbaru abang Mel ❤️

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Coach Yin Accused Of Domestic Violence? Or Mere Marketing Strategy?

If this is true, it shouldn’t be looked upon so lightly!

Featured Tue, 12 Apr 2022
Trending Fri, 20 Dec 2019
Trending Mon, 10 May 2021

Gurindam Lebaran Poova Dalam ‘Bersama Di Hari Raya’

Penyanyi Poova, kembali memeriahkan bulan Ramadan pada tahun ini dengan menyanyikan semula lagu ‘Bersama Di Hari Raya’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Cenderawasih. Menurut Poova, ini merupakan pengalaman pertamanya menyanyikan lagu Raya. […]

Featured Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Mat Salleh

Raja Ilya memaklumkan bahawa TWG telah menulis sebuah puisi menyatakan perasaan beliau mahu mengahwini dirinya dan ianya cukup menyentuh perasaan

error: Content is protected !!