Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 1, 2024 @ 10:17am

Isu Dakwaan Songlap Duit Kutipan Derma, Alif Teega Buka Mulut – “Terlalu Banyak Tuduhan & Fitnah Tak Berasas Dicipta”

Pempengaruh Alif Teega akhirnya tampil menjelaskan mengenai tuduhan fitnah yang diberikan terhadapnya dan isteri, Aisyah Hijanah berhubung dakwaan menyelewang duit kutipan derma yang disumbangkan pengikutnya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif menyifatkan segala berita yang tular adalah fitnah dan dibuat tanpa usul periksa.

“Ini bukan penjelasan menyeluruh, tapi fokus cuma pada satu hal. Dan Saya dah tak kisah tentang nama Alif Teega. Orang nak burukkan silakan, orang nak hentam silakan. Moga Allah beri yang terbaik buat kalian.

“Kalau orang dah tak tabayyun, tak rujuk kemudian terus sebarkan hal yang tak benar, fitnah, ditambah-tambah lagi cerita lain mana lah dia tak mengamuk. Aisyah tu sampai hari ni diam. Orang kaitkan dengan ayah dia pun dia diam, Orang fitnah seleweng duit pun dia diam. Letih pujuk dia untuk bersuara.

” Orang nak jatuhkan dia. Kononnya isu derma, kemudian bawa pula hal-hal lain. Apa kena mengena?,” ulasnya.

Selain itu, dia tidak kisah orang di luar sana mahu memburukkan namanya, namun tidak isterinya.

Buktinya, Aisyah hanya melakukan hal sendiri tanpa menjaga hal orang lain sehinggalah ada yang berani tampil mengaitkan isu seleweng duit dengan bapanya dan isu lain.

“Si penyebar fitnah pula bukan post dengan “pertanyaan“ tapi dengan “statement”. Seolah2 memang sah saya dan aisyah terlibat dengan 20%. dan pada waktu itu, Saya cakap, saya tak terlibat lansung. Dan tak pernah ambil 20%. Bukannya dia tak boleh tanya dulu. Suaminya pun main bola dengan team kami.

“Dan hari ni, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate. Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

 

Dalam hantaran berlainan pula, Alif sekali lagi menegaskan bahawa dia dan Aisyah tidak terlibat dengan komisyen sebanyak 20 peratus seperti yang tular, selain memaklumkan sumbangan dan belian yang diterima dari pengikutnya telah disampaikan dan dimanfaatkan sebaiknya kepada penerima yang memerlukan.

Justeru, Alif  berharap orang ramai tidak mudah percaya kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh satu pihak sahaja lebih-lebih apabila ia hanyalah spekulasi.

“Apa yang nak dibuat oleh mereka silakan. Nak tunggang isu saya buatlah. Tak ada siapa boleh menang lawan mereka kalau mereka sendiri yang mengadili.

“Mereka lah dakwa, mereka lah hakim, mereka lah yang menang. Saya tak suka panjang-panjang. Straight to the point. Nak melingkupkan saya? Buat! Disaat Allah yang berkehendak manusia langsung tak mampu halang,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Feb 2022
Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Featured Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Mon, 4 Sep 2023
error: Content is protected !!