Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi May 2, 2024 @ 11:08am

Siti Bainun Kekal Bersalah, Terima Hukuman Penjara 12 Tahun 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13 dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Wanita itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara 12 tahun.

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 24 November 2022, Siti Bainun diarahkan membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari hingga Jun 2021.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Mar 2025

“Saya Pun Sedar Diri Saya Mak Tiri”- Isteri Fizi Ali Tampil ‘Buka Mulut’

Tambahnya, apa yang dicanangkan di media sosial berkenaan isu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019
Trending Wed, 14 Apr 2021

Ini Tanda-Tanda Amalan Puasa Anda Diterima

Semoga kita sentiasa istiqamah..

Hiburan Tue, 19 Aug 2025

Dari Pentas XTRA XSTAR Ke Studio Rakaman… Zahra Lancar Single Debut Janjiku Padamu, Harap Jadi Lagu Galau Ramai!

Juara kempen XTRA XSTAR 2024, Zahra lancar single pertama Janjiku Padamu!

Trending Fri, 16 Jul 2021

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

Wah, bantuan buat orang bekerja sendiri pun ada gaisss!

error: Content is protected !!