Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 2, 2024 @ 2:50pm

Diberi Gelaran ‘Mok’, Pernah Kena Ejek Ketika Berat Badan Hampir Cecah 100 KG… Hariz Hamdan Nekad Ubah Gaya Hidup

Pelakon Hariz Hamdan, 22, nekad mengubah gaya hidup dengan menjadi lebih aktif selepas berhadapan dengan penghinaan.

Mengamalkan pemakanan sihat dan senaman, Hariz mendedahkan berat badannya pernah mencapai 98 kilogram (kg) ketika di zaman persekolahan dan selalu diejek dengan panggilan jelik.

“Berat badan saya hampir mencecah 100 kilogram ketika di Tingkatan 2. Saya rasa tak yakin, hilang semangat dan lebih teruk, diejek dengan panggilan seperti ‘mok’ dan sebagainya. Selepas itu, saya mula berlari dan bersukan sejak 15 tahun.

“Saya rasa saya kena ubah gaya hidup kerana tidak mahu untuk terus dibelenggu dengan masalah berat badan. Setiap orang ada ruang dan peluang untuk berubah, jadi saya nekad dan berusaha untuk meninggalkan pengalaman buruk itu.

“Syukur, saya kekal konsisten menjaga kesihatan diri sehingga kini, malah kini bergiat aktif sebagai duta jenama sukan iaitu Asics Malaysia,” katanya kepada XTRA.

Hariz ditemui pada program Run For A Greener Future sempena Hari Bumi anjuran Asics Malaysia di UM Arena di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut mengenai program Run For A Greener Future, Hariz gembira dapat meluangkan masa beriadah bersama rakan selebriti lain seperti Haidar Hasanudin, Vanidah Imran, Azah Aziz, Syazwan Zulkifli, Hawa Rizwana, Amri Aziz dan ramai lagi.

“Bersempena Hari Bumi, saya dan rakan selebriti melakukan dua acara. Sebelum beriadah berlari tiga kilometre, kami terlibat dalam acara menanam pokok.

“Program ini antara program tahunan bersama Asics antara saya bersama rakan selebriti dan pihak media. Dalam masa sama program sebegini dapat eratkan hubungan antara saya dan mereka,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Sun, 13 May 2018

EXO四巡首卖会 铁粉漏夜排队抢票

韩国超人气天团EXO三度唱进大马,敲定7月7日,下午5时,在吉隆坡武吉加里尔Axiata Arena举办《EXO PLANET #4 The EℓyXiOn》;门票首卖会在八个小时内卖出超过八成,走势相当凌厉。

Hiburan Thu, 26 Mar 2026
Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Tular Foto Didakwa Ditahan, Saiful Apek Bakal Beri Penjelasan

Apek memberi penjelasan penuh mengenai insiden berlaku.

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Kalah Kerana Stamina, Adam Lee Akui Alif Muhaimin Lebih Bersedia

Pelakon Adam Lee tetap berbangga dengan pencapaiannya meskipun tewas kepada aktor Alif Muhaimin dalam perlawanan Fury Redemption yang berlangsung pada Ahad. Adam mengakui kekurangan stamina menjadi punca utama kekalahannya, lebih-lebih lagi apabila berdepan lawan yang […]

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

error: Content is protected !!