Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 3, 2024 @ 4:46pm

Sharifah Sakinah Kurang Lihat Telefon & Drama Penyondol Demi Mahu Jaga Emosi – “Bila Emosi Stabil, Benda Lain Takkan Hirau”

Pelakon Sharifah Sakinah memohon kaum wanita terutamanya agar mementingkan penjagaan emosi berbanding perkara lain.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Sharifah Sakinah berkata, antara faktor yang membuat emosinya stabil adalah dengan menjaga pemakanan dan mengehadkan penggunaan telefon bimbit.

“Perempuan selalu financial..financial.. tetapi emosi itu yang penting. Bila emosi stabil, awak takkan hirau semua benda dah.

“Sebab itu saya sangat teliti dengan emosi saya, saya sangat teliti dengan apa perasaan saya. Jika saya rasa sedih, cepat-cepat saya sedarkan diri saya dan tanya ‘kenapa’?

“Sebab itu perihal emosi ini ada kaitan dengan ‘wellness’ seperti penjagaan makanan, apa yang dilihat, apa yang difikirkan. Kerana itu juga saya kurangkan lihat telefon.

“Drama-drama seperti kisah penyondol juga saya kurang tengok tetapi saya tak cakap saya takkan ambil job watak penyondol. Saya suka sebenarnya,” ujarnya.

Tambah pelakon drama Aku Yang Gelar Kau Isteri itu lagi, dia turut menitip pesan kepada kaum hawa agar tidak bergantung harap kepada sesiapa dalam hidup.

“Kebanyakan perempuan yang berjaya, kadang-kadang dalam fikiran mereka hanya fikir emosi sahaja.

“Jadi jangan sesekali mengharapkan sesuatu daripada seseorang sebaliknya dari diri sendiri.

“Jangan harapkan orang, ‘support system’ adalah baik dari keluarga dan rakan-rakan tapi jangan bergantung harap kerana pengakhiran hidup kita akan sendiri juga,” tutupnya.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Adha pada 2015 namun disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil daripada perkahwinan itu, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharifah Sakinah Tak Kenal Antara Kunyit Dengan Lobak Merah Dalam Oh Mummy Buat Netizen Berdekah – “Nampak Pandai Itu Penting”

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah Akui Lebih Tenang Selepas Berpisah – “Full Of Content…Lebih Menyayangi Anak Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah Tolak Dakwaan Sedang Hamil, Hanya ‘Enjoy’ Makanan Di Dubai

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Bersama Suami Tapi Status Perkahwinan Sharifah Sakinah Diragui?

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Sakan Menggendong Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf – “Anak Anjing Itu Terlalu Comel Tapi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Bongkar Rahsia Hati, Elliza Razak Kembali Dengan Single Urai

Elliza Razak kini hadir dengan single terbaharunya yang berjudul Urai.

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

Wany  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

Trending Thu, 17 Jan 2019

Betul ke yang dalam kelab itu juara Dewi Remaja? Baru saja menang dah buat hal!

Netizen gesa tarik gelaran juara jika Haneesya didapati terbabit di dalam pesta arak.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

GFriend Stole Malaysian’s Heart With Their “Go Go Gfriend!” First Tour

More than 4,300 BUDDYs attended the GFRIEND concert!

Hiburan Fri, 2 Jan 2026
Hiburan Sat, 19 May 2018

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Nak tahu rahsia mereka kenalah baca entri nie..

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Trending Mon, 16 Jul 2018

80岁阿嬷开20年「神车」远征1.2万公里

虽说「老三宝」上路总让人心惊胆跳,但对于这位南非的80岁阿嬷Julia Albu可就不是这么一回事了……

error: Content is protected !!