Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 4, 2024 @ 7:44pm

Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

Pelakon Abby Abadi, 47, ralat mempunyai perasaan tidak percaya apabila anak perempuannya hasil perkahwinan dengan aktor Norman Hakim, Marissa Dania memilih untuk menjadi isteri kedua.

Menurut Abby, dia bukannya tidak menerima takdir dan ketentuan, namun sebagai ibu, pelakon Gerak Khas ini sendiri masih tertanya-tanya dengan keputusan Marissa.

“Secara jujur, saya masih ralat dengan apa yang berlaku. Namun, saya menerima kenyataan ini dan selalu menitipkan doa terbaik buat anak-anak saya.

“Saya sendiri bukanlah orang yang boleh berpoligami. Jika diimbas dahulu, apa berlaku terhadap saya di perkahwinan sebelum ini, saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi suami,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aslam Bekerja Sebagai Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

Abby ditemui XTRA ketika di Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor, malam tadi.

Mengaku dia sendiri tidak mengetahui sebab sebenar Marissa mahu menjadi isteri kedua, Abby menganggap apa yang menimpa dia dan keluarga sebagai ujian.

“Apa yang saya tak mahu dahulu, datang pula kepada anak saya. Saya tak tahu kenapa anak saya memilih untuk bergelar isteri kedua. Tetapi saya menganggap ini sebagai ujian untuk saya lalui.

“Walaupun saya dah pernah bergurau dengan anak mengenai ciri-ciri lelaki idaman, tapi perkara itu tidak berlaku. Kita hanya mampu merancang , tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik,” katanya.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan lelaki yang dikenali dengan nama Ahmad Aslam.

Perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

“Kuat Untuk Bangkit Dari Kegagalan Rumah Tangga” – Nur Fazura & Rita Rudaini Dipuji Wanita ‘Besi’

Fazura dan Rita memberikan inspirasi dan kekuatan wanita untuk bangkit

Featured Thu, 11 Dec 2025

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan.

Featured Sat, 27 Jul 2024
Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Sun, 5 Oct 2025

Kendali Program Kesihatan, Dr. Nisa Nabila Angkat Isu Obesiti ke Layar TV Menerusi ‘My Body My Life’

Masyarakat kena cakna dengan isu kesihatan yang berkaitan dengan obesiti!

Hiburan Tue, 3 Jun 2025
Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Tahniah! Ini Senarai Pemenang Di Anugerah Emmy Ke 70

Musim ketujuh Game of Thrones menerima sebanyak 22 pencalonan dalam Anugerah Emmy Primetime tahun ini.

error: Content is protected !!