Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 3, 2025 @ 7:35pm

Nora Ariffin Bersuara Isu Faraid – “Isteri Susah, Keluarga Sibuk Rebut Harta”

Penyanyi bersuara lunak, Nora Ariffin tampil meluahkan pandangannya berhubung isu pembahagian harta pusaka yang sering menjadi perbalahan selepas suami meninggal dunia.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Nora berkongsi realiti yang sering berlaku kepada balu khususnya apabila melibatkan harta peninggalan arwah suami seperti pusaka, faraid dan hibah.

“Kebanyakan realiti yang terjadi bila suami meninggal, terutamanya orang berduit. Harta pusaka, faraid, hibah semua keluarga nak menuntut, merebut tetapi kesusahan isteri yang harus mengambil tanggungjawab suami menjaga dan besarkan anak-anak tak ada pula keluarga pakat-pakat nak tolong,” tulisnya.

Menurut penyanyi lagu Hanyalah Satu, isu ini bukan sahaja menyentuh perasaan, malah berlaku secara meluas dalam masyarakat, di mana balu sering dipinggirkan dan terpaksa menggalas beban seorang diri demi membesarkan anak-anak.

Tambah Nora, ada juga kes di mana si isteri terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup anak-anak, walhal hak yang diperoleh mengikut faraid hanya sedikit.

“Adakalanya isteri terpaksa berhutang untuk menyara anak-anak. Ikut faraid, isteri dapat paling sedikit. Kerana itulah wujudnya hibah. Wallahualam, fikir-fikirkan,” katanya lagi.

Luahan tersebut nyata mendapat perhatian ramai warganet yang bersetuju dengan kenyataan Nora, selain turut berkongsi pengalaman dan kisah duka masing-masing berdepan situasi yang serupa.

Terdahulu, Nora sendiri pernah melalui detik kehilangan apabila suami tercinta, Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017, diikuti dengan pemergian anak lelakinya, Alif Johan pada Disember 2019.

Nora kemudian mendirikan rumah tangga bersama Dr Rushdi pada 3 Disember 2021, namun perkahwinan mereka kini dalam proses perceraian untuk kali kedua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Featured Wed, 26 Oct 2022

Pemasaran Perniagaan Kecil & Sederhana Lebih Mudah Dengan REV ID!

Peluang terbaik buat peniaga kecil dan sederhana di luar sana!

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Sesak Nafas Berterusan, Wan Maimunah Masuk Hospital

Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

Hiburan Tue, 16 Jul 2019
Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

‘Aku Berharap Penangkapan Ini Kurangkan Dosa Kita Semua,’ – Erma Fatima

Dalam masa yang sama dia turut memohon kepada semua pihak agar berhenti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita amalkan di Malaysia.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Bitter Sebab Diri Tu Bitter Dengan Life Sendiri Kot?” – Fazura

Fazura tampil membalas kenyataan individu berkenaan dan menegaskan, pihak yang kurang senang dengan kenyataannya itu mungkin mengalami masalah sehingga sanggup berfikiran negatif terhadap orang lain.

Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

error: Content is protected !!