Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 6, 2024 @ 8:50pm

“Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

Aktres sensasi, Ruhainies memaklumkan dia tidak lagi berhubung dengan aktor Aliff Aziz selepas kontroversi terpalit dirinya mempunyai hubungan dengan suami orang.

Bercakap kepada XTRA, Ruhainies atau Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata, dia enggan memanjangkan isu tersebut sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

“Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku. Mahu buka buku baru

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Dah move on dengan kerja baharu dah. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,” katanya kepada XTRA.

Ruhainies ditemui di Rumah Terbuka Fiziwoo pada malam Isnin.

Tambah Ruhainies lagi, dia enggan memanjangkan perkara tersebut kerana bimbang kontroversi tersebut tidak menemui jalan noktah.

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Saya tidak menidakkan mahupun mengiyakan apa yang berlaku kerana ia diluar bidang kuasa saya.

“Saya tak mahu bercakap lebih, bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung.

“Apa yang boleh saya katakan saya mahu buka buku baharu, saya juga dah minta maaf pada semua dan harap diterima semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika disoal dakwaan kononnya dia berkomplot dengan Alif untuk menjatuhkan Bella Astillah, Ruhainies tidak mengakui perkara tersebut.

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya.

Sekadar info, kemelut rumah tangga aktres Bella Astillah dan Aliff Aziz bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Pesanan Tentang Persiapan Diri Sebelum Berkahwin – “Dalami Ilmu Rumah Tangga & Ikut Saranan Agama, Maka Percayalah….”

Deepnyaaaa 🥲🥲 Keberkatan dalam perkahwinan tak semua dapat kan 😣 Buat yang bakal berkahwin, boleh la bersiap sedia dan dengar pesanan Lofa ni ☺️☺️

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Syarat Utama Saya Adalah…” – Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Macam mana agaknya bunyi kalau berduet dengan Raja Pop Malaysia ni kan?

Selebriti Tue, 31 Oct 2023
TECH Sat, 24 Feb 2018

Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar!

Malaysia merupakan  antara negara yang  rakyatnya memiliki telefon pintar tertinggi di dunia malah 78.7 %  daripada 24,572,446 adalah pengguna internet.

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Tolak Minuman Manis Rahsia Tubuh Menawan Adeline Tsen

Yang suka minum air manis tu, amacam jom try macam Adeline?

Hiburan Mon, 7 Jul 2025

Didakwa Ada ‘Baby Bump’, Marsha Milan Nafi Hamil

Makan banyak, Marsha Milan tak mengandung

Events Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
error: Content is protected !!