Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2024 @ 2:38pm

Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu, Konsert Zikir Dikir Berlangsung Sukses

Cetusan idea komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun menggabungkan alunan zikir dan dikir barat melalui penganjuran Konsert Zikir Dikir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada Jumaat lalu berjaya memahat memori berharga buat penggemar irama berkenaan.

Konsert yang turut menampilkan ikon dikir barat, Halim Yazid itu berjaya menarik kira-kira 1,000 penonton dari serata negara dan pelbagai lapisan umum untuk menyaksikan keunikan terbabit.

Justeru, Hafiz yang bertindak selaku penganjur dan penyanyi utama pada konsert berkenaan berkata, dia bersyukur dengan maklum balas diterima daripada penonton apabila kebanyakannya meninggalkan komen positif, malah tidak sabar menantikan siri penganjuran untuk masa akan datang.

Malah, katanya, dia berpuas hati dengan kerjasama diberikan semua pihak termasuk Halim yang turut pertindak sebagai penyanyi utama.

“Kalau diikutkan, idea untuk mengadakan konsert ini timbul pada Januari lalu. Sejurus selepas sidang media, saya dan pasukan memang setiap hari bekerja keras untuk memastikan konsep baharu dapat dibawa, sekali gus diterima baik ramai pihak.

“Saya perhatikan komitmen ditampilkan Halim selaku artis utama yang membuat persembahan pada konsert berkenaan memang di luar jangkaan saya. Bekerja dengan dia juga sangat menyenangkan dan tidak memberi sebarang tekanan kepada saya sepanjang bekerjasama,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz memberitahu, idea mengundang Halim bertujuan memartabatkan dan mengangkat penyanyi legenda yang banyak berjasa dalam mengkomersialkan muzik dikir barat.

Menerusi Konsert Zikir Dikir yang berlangsung selama lebih dua jam, sebanyak 21 lagu disampaikan dengan pelbagai konsep yang sudah dirancang dengan teliti oleh pihak penganjur.

Hafiz berkata, penonton konsert masa kini perlu disajikan dengan pelbagai konsep menarik seperti yang dilakukannya iaitu menggabungkan elemen nasyid dan dikir barat.

“Walaupun saya tahu di luar sana ada macam-macam jenis persembahan hiburan, tetapi yang mengangkat elemen Islamik tidak banyak. Konsep sebegini tidak ada kurangnya, cuma yang penting kandungan diketengahkan.

“Jadi, saya ucapkan terima kasih semua yang memberikan sokongan terhadap konsert ini termasuk Kementerian Komunikasi dan kumpulan MyCreative Ventures,” katanya.

Atas kejayaan itu, Hafiz memberitahu, dia selaku penganjur tidak menolak kemungkinan bakal menganjurkan Konsert Dizir Zikir di sekitar Lembah Klang pada masa akan datang.

“Insha-Allah, saya juga dalam perancangan untuk membawa konsert seterusnya ke Lembah Klang dengan persembahan yang berbeza dalam skala lebih besar.

“Walaupun penganjuran di Kuala Terengganu ada berdepan beberapa cabaran, tetapi kami tetap berjaya mengatasinya dan melaksanakan konsert dengan baik. Jadi, saya harap konsert seterusnya di Lembah Klang akan berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Konsert Zikir Dikir dibahagikan kepada tiga segmen iaitu kerohanian, kebudayaan dan zikir dikir. Menerusi segmen ketiga, Hafiz dan Halim berkolaborasi mendendangkan lagu dengan diiringi pemuzik secara ‘live’.

Sebelum ini, Hafiz pernah menganjurkan siri konsert lain seperti Konsert Zikir Terapi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2012, Stadium Tertutup Johor Bahru (2013), SPICE Arena PISA, Pulau Pinang (2014), Menara Kuala Lumpur (2015) serta Istana Budaya Kuala Lumpur (2015) susulan kejayaan album Zikir Terapi keluaran pertama yang berjaya terjual 3.5 juta unit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

《笑笑力量大》造势活动本周日迎最终场次!

自去年底开跑至今获得民众热烈反应,一连几周的6站活动共吸引了上千民众出席;而本周日将迎来最终场次,再次「回到」武吉加里尔国家体育场。

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

#tilljannah Wed, 26 Mar 2025

Gabungan Warisan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

Sedia maklum, kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sempena VM2026, logo rasmi turut dilancarkan dan boleh dikatakan logo ni memang berada di kelas tersendiri! […]

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Trending Wed, 9 Sep 2020

Covid-19 : Kedah Medical Centre Ditutup

Ianya sebagai langkah pencegahan..

error: Content is protected !!