Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 20, 2024 @ 6:07pm

Syukur Karya Dapat Tempat, Ernie Zakri Reda Lagu ‘Masing-Masing’ Tak Dapat Bertanding Di AJL – “Dunia Nyanyian Saya Bukan Satu Pertandingan Tapi…”

Umum mengetahui, lagu berjudul Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri mendapat tempat di hati ramai peminat termasuk di Indonesia.

Namun begitu, penyanyi Ernie Zakri akui tidak ralat dan percaya terhadap rezeki apabila lagu hit tersebut tidak dapat dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana pencipta lagu itu dari Indonesia.

“AJL adalah acara anugerah berprestij di Malaysia. Saya tak nafikan, ia juga adalah satu batu loncatan bagi setiap penyanyi.

“Saya juga percaya kita semua juga ada impian. Saya pernah ada satu impian beraksi di pentas AJL dan Alhamdulillah, saya sudah dapat.

“Sekarang jika tidak ada rezeki untuk lagu Masing-Masing berada di pentas AJL, tidak mengapa.

“Selagi orang tahu lagu ini dan mendapat tempat di hati, itu lebih penting. Layak atau tak layak dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia tidak mengapa,” katanya.

Malah, Ernie menyatakan bahawa pengukur kejayaannya terletak kepada penghargaan peminat bukan sekadar memenangi anugerah semata-mata.

“Namun, itu bukan penanda aras perjalanan karier sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaan daripada para peminat.

“Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan saya dalam dunia nyanyian ini bukan satu pertandingan sebaliknya sebuah perjalanan.

“Saya okey sahaja kalau tak menang, tidak tercalon apa-apa. Selagi peminat menghargai dan menyukai setiap karya saya, itu dah memadai,” ujarnya.

Ernie ditemui XTRA di majlis pelancaran produk Zeleb+ NMN by Ernie Zakri di Arena Watsons, Exchange 106, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk makluman, Ernie mengeluarkan produk kesihatan yang mampu meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat daripada manfaat NMN.

Malah, Zeleb+ NMN ini sesuai untuk individu yang berumur 28 tahun ke atas.

ernie zakri

Artikel Berkaitan: “Memang Dia Hebat” – Datuk Mokhzani Ismail Puji & Bangga Dengan Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: Lagu Masing Masing Mendunia Di Indonesia, Ernie Zakri Terima Pengiktirafan Daripada RIM – “Terima Kasih Untuk Penghormatan Yang Luar Biasa Ini” 

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Nangis Sebab Tak Dapat Apa-Apa” – Ernie Zakri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Nov 2018

Menyayat Hati Kisah 2 Beradik Menyorok Di Bawah Bas

Sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang 3 jam perjalanan dibawah bas semata-mata rindu pada ..

Trending Fri, 30 Nov 2018

3秒心理测验!第一眼看到什么动物…找到人格光明面

只要看看你「第一眼先看到哪个动物」,就可以测出你的主要人格啦!

Hiburan Sat, 4 Jan 2020
Trending Mon, 14 Jun 2021

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru […]

Events Wed, 16 Oct 2019

I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketiga Lebih ‘Havoc’

Wow! Ni betul-betul bukan biashe-biashe

Featured Thu, 13 Oct 2022

Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Sat, 11 May 2019

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Terlajak Hingga Ke Jalan Maut Digilis Treler

error: Content is protected !!