Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 9, 2024 @ 8:07pm

Bila Ada Orang Bandingkan Filem Pertama Arahan Awie Dengan Naskhah Bajet Besar… Ini Respons Tuan Badan

Pelakon dan penyanyi popular, Datuk Awie merasakan tidak adil untuk membandingkan filem arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah.

Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, ada penonton membandingkan naskhah sulung arahannya dengan filem terbitan syarikat produksi gergasi dan berbajet berlipat kali ganda.

“Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?

“Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.

“Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah.

“Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada,” katanya.

Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.

“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.

“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula?

“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.

“Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.

“Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.

“Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Apapun, kata Awie, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem Rebel di pawagam tanah air.

“Filem Rebel memiliki mesej dan pengajaran berguna yang mahu disampaikan kepada penonton.

“Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu?

“Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu,” katanya.

Filem bergenre aksi itu diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama.

Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Mengisahkan perseteruan antara dua individu, Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) meskipun berada dalam pertubuhan yang sama.

Luka, seorang pemuda yang berasal daripada penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism.

Walaupun berasal daripada persekitaran seperti itu, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, Luka mempunyai satu sifat membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan mata.

Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibu Luka.

Pergaduhan tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.

Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Trending Tue, 8 Jun 2021
Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Aaron Aziz Jadi Mangsa Scammer, Nama Dijual Perdaya Pelabur Projek Filem

Menurut Aaron, dia pernah didatangi individu yang mendakwa sudah mengeluarkan dana untuk projek yang kononnya membabitkan dirinya, sedangkan tiada sebarang perjanjian pernah dimeterai.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

GEGARIA嘉年华8个必打卡点

一个聚集了吃喝玩乐的Gegaria嘉年华,于上周末在新山Plaza Angsana圆满举行!受邀出席采访的小编发现,嘉年华不仅适合老人与小孩,更是年轻人「必去」,因为……实在有太多可以打卡的点, po一个星期都没有问题!

error: Content is protected !!