Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2024 @ 1:00pm

Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

Pelakon popular, Nadhir Nasar antara yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen selepas aktor itu lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu Blockout 2024 membabitkan promosi produk yang menyokong tindakan zionis.

Katanya, dia mengambil serius berkenaan isu boikot yang dilancarkan, namun sebagai seorang selebriti dia perlu komited dengan kekangan kerja memandangkan dia telahpun menandatangani kontrak tersebut sebelum isu perang berlaku.

Malah, kerjasama yang terjalin bersama produk tersebut adalah disebabkan, ia dapat membantu kerjaya seninya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pertama sekali, saya ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa saya mengambil serius mengenai isu sosial ini.

“Dan saya komited untuk menyelaraskan diri saya dengan jenama yang berkongsi nilai dan prinsip saya.

“Saya faham anda semua kecewa sama seperti saya dan rakan selebriti yang lain atas apa yang berlaku. Saya percaya bukan saya sahaja malah rakan artis yang lain juga berusaha.

“Kerjasama dengan jenama tersebut dibuat apda tahun lalu dan ia berdasarkan keadaan pada ketika itu dan adalah penting untuk saya meneruskan komitmen kontrak dengan mereka.

“Jadi, saya rasa terpanggil dan perlu bagi saya untuk provide some clarity on the situation,”ulasnya.

Perkara itu dikongsi Nadhir menerusi ciapan di platform X miliknya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, memaklumkan, penamatan kontrak sebelum tiba waktunya akan memberikan kesan buruk terhadap dirinya.

Sementara itu, terdapat individu yang tampil mempersoalkan tindakan Nadhir apabila menganggap bahawa melunaskan kontrak lebih penting berbanding nasib yang menimpa penduduk di negara bergolak itu.

Tidak berdiam diri, aktor itu bagaimanapun menegaskan bahawa ‘financial penalties’ itu terlalu banyak untuk ditanggung olehnya.

Justeru dia memohon maaf dan mengaku kesilapannya selain berusaha memboikot mana yang termampu.

Terdahulu, gerakan #Blockout2024 menjadi sohor kini di platform X bertujuan memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk Zionis.

Bahkan, selain Nadhir nama-nama selebriti seperti Neelofa, Eyka Farhana, Daiyan Trisha, Meerqeen dan ramai lagi turut tersenarai dalam #Blockout2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 May 2023
Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Sun, 29 Jun 2025

Konsert Rampas Pukau 5,000 Peminat, Akim & The Majistret Pasang Hasrat Wujud ‘Walk Of Fame’ Di Bukit Bintang

Kata Akim, dia terharu kepada peminat-peminat yang tidak henti memberikan sokongan terhadap kumpulannya itu.

Trending Wed, 2 Dec 2020

Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Buat yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0

error: Content is protected !!