Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2024 @ 2:32pm

“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Susulan gerakan boikot membabitkan barisan selebriti popular tanah air tular, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya dengan mendedahkan bukti berupa resit sumbangan yang telah diberikan kepada negara bergolak itu.

Katanya, setiap orang mempunyai cara dan ujian masing-masing termasuklah dirinya.

Justeru, dia tidak pernah melupakan nasib yang menimpa saudara Islam di sana.

“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing.

“Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.

“Saya tidak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tidak bertepatan dengan cara yang anda mahukan. Tak apa saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di sana dengan pelbagai upaya kerana itulah yang paling penting,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Daiyan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Isnin.

Difahamkan, pelantun lagu Penat itu telah membuat sumbangan di empat organisasi berbeza iaitu Mercy Malaysia, Global Peace Mission Malaysia (GPM), Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan Viva Palestina Malaysia.

Malah, sumbangan tersebut juga dianggarkan mencecah sehingga RM100,000.

Tidak habis disitu, Daiyan juga menegaskan bahawa dia tidak pernah berhenti berkongsi mengenai keadaan di Palestin sehinggalah isu gerakan #blockout2024 ini dilaksanakan.

“Satu lagi, saya tidak pernah berhenti berkongsi mengenai isu Palestin. Malah konsisten berkongsi mengenai perihal di sana. Anda boleh check menerusi story dan Instagram saya sebelum isu #blockout2024 ini bermula. Dan ini bukanlah kes ‘tiba-tiba nak post’.

“Mungkin kadang-kadang saya lalai. Thank you for reminding me nevertheless. I appreciate it,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Trending Mon, 12 Apr 2021

Lancar Sepi Dalam Versi Korea, Aina Abdul Bersedia Terima Teguran & Kritikan

Baru sahaja melancarkan lagu Sepi pada Februari lalu, penyanyi Aina Abdul kini tampil dengan versi baharu lagu terbabit yang dialih kepada bahasa Korea. Menurut wanita yang berasal dari Negeri Sembilan ini, dia tidak gementar dengan […]

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

#SFMM39: Vokal Belum Pulih Sepenuhnya, Khai Bahar Mohon Maaf Kecewakan Peminat

Vokal terganggu, Khai Bahar minta maaf Lemas tak mara AJL 39

Featured Mon, 17 Apr 2023
Trending Fri, 9 Aug 2019

Do You Have What It Takes to Take on the #BacaBeritaChallenge?

Got talent? What are you waiting for? Now is the time to let out your long-awaited presenting skills with #BacaBeritaChallenge brought to you by Realme.

error: Content is protected !!