Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2024 @ 11:44am

“Tak Bersuara Bukan Bermaksud Tidak Menyokong P*lestin”- Ella Mengaku Tolak Tawaran Jenama Antarabangsa Walau Bayaran Lumayan

Susulan gerakan boikot terhadap barisan selebriti tanah air, penyanyi rock Ella menyarankan agar pengguna alam maya tidak membuat tuduhan secara melulu kepada selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel.

Katanya, semua pihak wajar menyelidik terlebih dahulu nama selebriti yang terlibat dalam senarai #Blockout2024 sebelum bertindak memboikot mereka.

“Selidik dahulu sebelum melemparkan tuduhan terhadap barisan selebriti yang terlibat, mungkin mereka ada sebab tersendiri,” ulasnya.

Ella berkata demikian ketika ditemui XTRA pada sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ella atau nama penuhnya, Nor Zila Aminuddin, 58, menegaskan, bahawa warganet tidak seharusnya cepat menjatuhkan hukum dan memberikan kata-kata cacian terhadap selebriti tanah air yang dilihat tidak berkongsi isu penderitaan rakyat di negara bergolak itu menerusi media sosial mereka.

Menurutnya, tidak berkongsi di media sosial bukan bermaksud golongan ini tidak prihatin terhadap nasib yang menimpa penduduk di sana.

“Kalau tidak bersuara, tak bermaksud tidak menyokong Palestin. Sama perihalnya seperti konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara yang diadakan sebelum ini.

“Kami bukan sahaja mengadakan satu segmen, tapi kami mendedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati situasi di Palestin,” kongsinya.

Berpegang pada prinsip, pelantun lagu Retak itu berkongsi bahawa dia sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabngsa walaupun diberikan bayaran lumayan.

“Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen yang dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan.

“Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan saya pastikan produk yang saya wakili ada matlamat dan bersifat kemanusiaan sejagat.

“Saya juga minta pasukan saya untuk meneliti mana-mana tawaran terlebih dahulu sebelum menerimanya,”kongsinya.

Sekadar info, Ella bakal mengadakan konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia pada 9 Ogos depan bertempat di Dewan Plenari, KLCC.

Konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam lebih itu dijangka akan disajikan dengan 25 buah lagu dan diiringi orkestra dibawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Featured Mon, 24 Nov 2025

Suasana Pentas Konsert GenKRU The Finale Bertukar Pilu, Norman Dedah Bapa Dalam Keadaan Kritikal

Norman memaklumkan, sekitar tiga minggu lepas, bapa mereka, Abdul Halim Kamal, 84, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Featured Wed, 30 Nov 2022
Featured Fri, 20 Jun 2025
Trending Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

error: Content is protected !!