Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 17, 2024 @ 1:11pm

Daiyan Trisha Batal Kerjasama Dengan Jenama Mewah Antarabangsa -“Tindakan Ini Untuk Tunjuk Pendirian Saya”

Selepas namanya terpalit dalam senarai antara selebriti yang diboikot, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha mengejutkan ramai pihak apabila dia dilaporkan membatalkan kontrak dengan beberapa jenama mewah antarabangsa.

Kata Daiyan, tindakan itu dibuat selepas dia mengambil serius teguran ramai pihak untuk berbuat demikian, apatah lagi dengan adanya gerakan #Blockout2024.

Malah, dia juga serius mengenai pendiriannya terhadap kerjasama yang dilakukan dengan beberapa jenama pro Israel.

“Saya ingin memaklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama.

“Saya ambil serius tentang hal ini dan ini adalah tindakan untuk menunjukkan pendirian saya,” katanya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Penat itu juga enggan berkongsi mengenai bayaran penalti dan kerugian yang dialaminya selepas membuat keputusan tersebut.

Terdahulu, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, tampil mempertahankan dirinya dengan mengemukakan beberapa bukti pembayaran berupa resit sumbangan bernilai RM100,000  yang diberikan atas nama bantuan kemanusiaan Palestin.

Selain Daiyan, antara selebriti yang tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 ini adalah, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Neelofa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Mira Filzah, Nabila Razali, Dahlia Rizal dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

ARTIKEL BERKAITAN:Gerakan #Blockout2024 Dilancar, Nadhir Nasar Tampil Bersuara – “Teruskan Usaha Untuk Lawan, Saya Buat Apa Yang Mampu”

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Tue, 9 Dec 2025
Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?

Featured Sun, 19 Apr 2020
Trending Wed, 12 Jun 2019

Pengakhiran ‘Derita’ Ainul Mardhiah..

Pengakhiran penderitaan Ainul Mardhiah..

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Jangan Pernah Pisahkan Kasih Sayang Ayah Pada Anaknya”- Fazley Yaakob

Fazley turut mengingatkan agar setiap pasangan yang sudah berpisah kekal profesional dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

error: Content is protected !!