Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 18, 2024 @ 5:12pm

Didakwa Sudah Bersalin, Fatin Afeefa Pilih Kunci Mulut – “Doakan Yang Baik-Baik”

Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa enggan mengulas dakwaan yang mengatakan dia baru sahaja melahirkan cahaya mata bersama suaminya, Aliff Awang.

Fatin bagaimana pun tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan tersebut sebaliknya memohon agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan keluarga.

“Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga.

“Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi lnsya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat ini,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fatin ketika ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fatin kini merupakan duta produk kecantikan L.SOULLE yang berasal dari Korea.

Untuk info, Fatin dan Aliff Awang atau Opai telah berkahwin pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Nov 2021
Featured Sat, 24 Dec 2022
Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Rasa Nak Turun Jalan Kaki Je!” – Zara Zya ‘Tersadai’ 2 Jam Dalam Kesesakan, Luah Realiti Pahit Warga Lembah Klang

Zara meluahkan rasa tertekan apabila perjalanan paginya dari Setia Alam ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir dua jam

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Shila Amzah Akui Tak Mudah Jadi Bintang Cilik, Beri Kesan Pada Mental – “Saya Sendiri Pernah Jumpa Doktor”

Shila Amzah berkata kehilangan pengalaman zaman kanak-kanak turut boleh memberi gangguan mental yang berpanjangan

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Events Mon, 16 Dec 2019

周金亮阿牛阔别多年再合作!鼠年春节嘉年华118引爆

配合2020年马中文化旅游年,两国将于1月18日,在吉隆坡独立广场联手主办《2020马来西亚欢乐春节嘉年华》迎接鼠年的到来。

error: Content is protected !!