Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 19, 2024 @ 8:32pm

Pentingkan Sijil Halal, Fatin Afeefa Terima Tawaran Produk Kecantikan Kerana Kualiti

Syarikat Lady K Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran produk kecantikan penjagaan kulit dari Korea Selatan, L.Soulle sekali gus mengumumkan pelakon Fatin Afeefa sebagai duta, pada 18 Mei 2024.

Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Sunway Velocity Mall, semalam.

Menurut Afeefa, dia berasa berbesar hati apabila dilamar oleh pihak Lady K sejak Januari tahun lalu.

Malah, dia juga tidak teragak-aga untuk menerima tawaran tersebut kerana produk itu mempunyai sijil halal.

“Masa mendapat tawaran tersebut mereka meyakinkan saya bahawa produk ini mempunyai sijil halal. Bagi saya itu sesuatu perkara yang bagus kerana jarang kita dapat jumpa produk kecantikan yang ada sijil halal.

“Jadi, saya minta mereka untuk beri saya masa untuk mencuba L.Soulle untuk tengok sama ada dia sesuai dengan cuaca di Malaysia. Bila saya dah cuba untuk beberapa tempoh, dia berkesan kepada saya baru saya terima tawaran mereka.

“Lebih menarik lagi, produk ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana anak saya pun boleh pakai,” katanya.

Dalam pada itu, pempengaruh Maryam Younarae turut hadir memeriahkan majlis pelancaran itu, semalam.

L.Soulle juga menggunakan bahan berasaskan haiwan dan ia berasal dari Korea Selatan dan dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea.

Antara produknya terdiri daripada lima jenis iaitu Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.

Lebih menarik lagi, produk Mist Toner dan Sun Cushion L.Soulle telah dipilih sebagai produk terbaik di  ‘New Product Awards 2023’ menerusi aplikasi kecantikan nombor satu Korea, ‘Hwahae’.

Selain menerima pensijilan halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation), L.Soulle turut memperoleh pensijilan daripada British Vegan Society dan telah mengembangkan pasaran ke pasaran Inggeris dan Amerika melalui platform e-dagang, Amazon.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Atilia Haron & Salamiah Hassan Hidupkan Malam Penuh Cinta Dalam Konsert Gelombang Bahagiaku

Atilia Haron & Salamiah Hassan sifatkan malam Konsert Gelombang Bahagiaku itu menjadi momen paling bermakna dalam hidup.

Hiburan Wed, 28 May 2025

[VIDEO] Didakwa ‘Party’ Di Kelab Malam, Cik B Tampil Respons

Cik B tampil perjelas dakwaan berhibur di kelab malam

Trending Thu, 8 Apr 2021

Ain Edruce Buka Mulut Isu Dilabel ‘Kasar’ Layan Suami

Kita happy je tengok Ain & Mirul ❤

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Duit Hanyalah Alat, Tiada Nilai Langsung Di Sisi Dia” – Alif Satar Kongsi Pesanan Penuh Makna

Alif Satar berkongsi pesanan penuh makna apabila mengingatkan bahawa mengenai nilai sebenar harta dan kehidupan, yang mencetuskan pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Tue, 6 May 2025

KSIA Perluas Empayar di Asia Tenggara Menerusi KamiSempoi Golden Award 2024, Perkenal Label Muzik Sendiri

KSIA bakal menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 pada 12 Mei ini di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!