Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 21, 2024 @ 5:36pm

“Dulu Saya Datang Dari Keluarga Yang Tak Senang & Mampu Untuk Sambung Belajar” – Wani Kayrie Sebak Berjaya Genggam Ijazah 

Impian penyanyi Wani Kayrie untuk menggenggam segulung ijazah tercapai selepas berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) di sebuah universti swasta, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Wani bersyukur perjalanannya untuk menggenggam sebuah ijazah berbaloi dan menyifatkan ia hadiah istimewa buat ibunya.

“Dulu saya datang dari keluarga yang tidak senang dan tidak berkemampuan untuk sambung pengajian di peringkat yang tinggi. Hanya setakat peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

“Oleh sebab itu, Wani pasang niat untuk belajar tinggi-tinggi sebab nak bagi mama pakai robe ijazah ini.

“Sebak tapi seronok sangat dapat tengok orang kita sayang turut happy dengan kejayaan kita. Kalau tidak kerana dorongan mama, mungkin Wani pun tak dapat merasa pegang ijazah ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kamu Kamu itu turut menekankan bahawa pentingnya sesebuah ilmu dalam kehidupan.

“Dulu tak faham kenapa kena belajar tinggi-tinggi. Sekarang, baru faham bahawa kenapa pentingnya untuk kita menuntut ilmu.

“Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni hanya setakat “Belajar” tapi sebenarnya ia “Mengajar” kita untuk melihat dunia dengan lebih luas dari pelbagai sudut perspektif yang berbeza justeru akan menjadi berguna pada masa akan datang,” kongsinya.

Mengakhiri tulisan tersebut, Wani mengucapkan terima kasih buat insan yang sentiasa menyokongnya serta menitipkan pesan agar terus mengejar impian.

“Apapun, kejayaan saya hari datangnya dari doa-doa dan kepercayaan setiap insan yang melihat saya dari bangku persekolahan lagi. Terima kasih banyak untuk semua yang sentiasa ada dengan Wani.

“Jangan pernah berhenti berharap dan teruslah mengejar impian yang anda lama impikan kerana tidak ada benda yang mustahil. Teruslah berjuang hingga nafas yang terakhir,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Persembahan Wani Kayrie Di Vietnam Pukau Penonton, Netizen Pula Anggap ‘Underrated’ – “Talented Singer Tapi Sayang Malaysia Tak Hargai”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Sep 2018

Idris Khan Asyik Tunda Je, Bila Nak Kahwin?

Saksikan drama Salon bersama Juliana Farhana pada September ini hanya disaluran ntv7 anda!

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Mon, 6 Jan 2025
Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Nadia Brian Maaf pada siapa tu?

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Awak Tak Bawa Manfaat Pun, Jangan Dekat Dengan Anak Saya!” – Luah Rasa Berang, Hantaran Media Sosial Rita Rudaini Raih Perhatian

Rita Rudaini menyifatkan individu tersebut tiada sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anaknya itu

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Patutlah Malu-Malu, Dah Kahwin Rupanya…

Ketika ditanya tentang perjalanan majlis perkahwinan, tarikh dan lokasi, Ed menjawab dengan tenang dia sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya

error: Content is protected !!