Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 23, 2024 @ 5:43pm

“Kami Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri” – Hisyam Hamid

“Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.”

Demikian kata-kata pelakon Hisyam Hamid, 39, mengenai status rumah tangganya yang diperkatakan ramai.

Mengaku perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu dengan Rosmawati Hanafi atau Mel sudah berakhir, Hisyam enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perpisahan berlaku.

Tegas Hisyam, mereka masih mengekalkan hubungan baik demi kebaikan anak-anak.

“Saya tidak mahu oleh kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami memusnahkan hubungan ini.

“Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri.

“Kami hanya mahu fokus mara ke depan. Masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri.

“Apa paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya,” katanya.

Hisyam ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Hisyam, Mel masih berperanan sebagai pengurusnya dan mereka juga tetap berkomunikasi baik setiap hari.

“Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik, lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.

“Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui.

“Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Momen itu saya hargai dan hormat dia,” ujarnya.

Menjelaskan mengapa dia mengambil masa untuk memberikan penjelasan mengenai status rumah tangganya, Hisyam mempunyai alasan tersendiri.

“Sejak dulu, apa sahaja yang saya buat, saya akan pastikan tidak ada kontroversi yang menjejaskan anak-anak saya, saya mahu beri contoh terbaik pada mereka.

“Begitu jugalah bila hal ini ditanya, saya tidak mahu pada akhirnya berita itu memberi kesan pada mereka atau mereka tahu dari sumber lain,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah bercerai.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Feb 2021

Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP Bermula…

Jaga SOP, Kita masih belum menang!

Trending Fri, 26 Nov 2021

Kongsi Video Sembang Viral, Tiba-Tiba PU Riz Dapat Soalan Pelik Tapi Lucu – “Dulu Pakai Tangan, Sekarang Ni Bini Cungkil Pakai Pisau”

Iklan mempromosikan produk sering ‘berkunjung’ ke ruangan komen laman Instagram selebriti tempatan serta luar negara. Jika dahulu, selebriti Malaysia sering dihujani dengan iklan produk peninggi dan pemutih, kini wujud pula iklan untuk menghapuskan bintik hitam […]

Featured Wed, 12 Mar 2025

Ridzokumura Kongsi Sky Mimpi Arwah Ibu, Hantar Pesanan Mahu Pergi Selama-Lamanya – “Sedih Dengar Dia Cerita Tadi”

Ridzokumura mencuri perhatian selepas berkongsi keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura.

Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di […]

Featured Fri, 21 Mar 2025

“Kenyataan Itu Mendatangkan Fitnah Besar Terhadap Saya” – Suami Nora Ariffin Mengaku Tuntutan Cerai Atas Desakan Isteri Pertama

Kemelut rumah tangga penyanyi, Datuk Nora Ariffin semakin panas apabila suaminya mendedahkan wujud bukti berupa desakan dan suruhan dari isteri pertamanya dan anaknya, Alia Rushdi

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Ziela Jalil Timang Cucu Pertama, Tahniah!

Tahniah Datuk & keluarga. Mesti comel ni!

Featured Thu, 16 Feb 2023
error: Content is protected !!