Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 3:19pm

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Allahuakbar…Tergamak si pelaku bertindak kejam ke atas bayi secomel ini! Hasil bedah siasat terhadap bayi lelaki berusia lima bulan ini mendapati kematian berpunca akibat kecederaan di kepala.

Difahamkan, anak Syurga ini meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.

“Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.

Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

Trending Thu, 4 Oct 2018
Featured Fri, 17 Feb 2023
Featured Fri, 2 Jul 2021

MEF Usulkan Beri Moratorium Automatik Tanpa Perlu Permohonan

Cadangan untuk menjadikan moratorium pinjaman secara automatik dan bukannya melalui permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negera telah diusulkan oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Menurut Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata tidak sepatutnya […]

Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

error: Content is protected !!