Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 24, 2024 @ 11:43am

Cipta Kejayaan ‘Longest Distance Live Radio Broadcast Aboard A Train’, Hot FM Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Stesen radio, Hot FM terus mencipta kejayaan apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan Siaran Langsung Radio Jarak Paling Jauh Atas Kereta Api atau ‘Longest Distance Live Radio Broadcast Aboard A Train’.

Selepas kejayaan Bekpes Hot, penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), Johan, Fara Fauzana dan AG melakukan ‘Mission Impossible Bekpes Hot’ pada Mac lalu.

Pengiktirafan diperoleh atas usaha Hot FM melakukan siaran luar bergerak dalam ETS selama hampir enam jam tanpa henti sejauh 534 kilometer, bermula dari Stesen Sentral, Kuala Lumpur ke Stesen Padang Besar Perlis.

Acara menerima pengiktirafan ini dilakukan di Studio Hot FM bersama-sama dengan  Bekpes Hot, KJ, Johan, Fara Fauzana & AG yang disiarkan secara langsung di akaun TikTok @hotfm976_ dan secara langsung di radio. 

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh  Edwin Yeoh selaku wakil pegawai Malaysia Book Of Records. 

Siaran luar istimewa yang bermula dari Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 8 Mac 2024 yang lalu, bermula jam 7.08 pagi bersamaan dengan pelepasan tren ETS menuju ke Stesen Padang Besar, Perlis.

Kejayaan program “Mission Impossible Bekpes Hot” ini adalah hasil kerjasama antara Hot FM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan Tren ETS.

Hot FM boleh didengari melalui frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, Alor Setar dan Pulau Pinang (88.2 FM), Ipoh (104.5 FM), Johor Bahru dan Singapura (90.1 FM), Kuantan (92.4 FM), Kota Bharu (88.6 FM), Kota Kinabalu (87.7 FM), Kuching (94.3 FM), Melaka (104.3FM), Seremban (99.5 FM), Taiping (90.5 FM) dan Kuala Terengganu (105 FM).

Secara alternatif, pendengar boleh mengikuti Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta X @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822.

Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 30 Aug 2019

xtra好康头 | 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票

xtra好康头 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票,让你见证5子的现场魅力!

Trending Thu, 12 May 2022

“Nyanyian Antara Punca Rezeki Saya” – Irfan Haris Bimbang Nikmat Suara Ditarik

Irfan Haris menghidap penyakit tonsil sejak setahun lalu, risau ditarik nikmat untuk bernyanyi.

Featured Fri, 17 Apr 2026

Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Azar Azmi mengaskan bahawa duit sumbangan daripada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang terimanya baru-baru ini bukanlah untuk mengikat jamin suami.

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Kumpulan Stereoangel kini memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

Featured Mon, 29 Jan 2024
Hiburan Sat, 19 May 2018

《2018世界传媒节》首要媒体夺5大奖项

首要媒体集团电视网络(MPTN)再创辉煌,于德国汉堡举行的《2018世界传媒节》中,成功夺下5大奖项,其中包括3项金奖及2项银奖。

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
error: Content is protected !!