Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2024 @ 3:35pm

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Pengacara dan pelakon popular, Raja Azura mengaku ramai lelaki yang cuba mendekatinya namun mula menghilangkan diri sebaik sahaja mengetahui dia mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul.

Katanya memetik laporan Harian Metro, walaupun sudah bergelar ibu tunggal sejak 14 tahun lalu, dia merasakan tiada lelaki yang berani menganggunya.

“Ada yang cuba mendekati, tapi perlahan-lahan mula berundur dan menghilangkan diri sebab tak mampu nak jaga saya yang banyak tanggungjawab dan komitmen.

“Semua anak saya sedang menyambung pengajian di universiti dan memerlukan wang belanja yang besar untuk membayar yuran universiti mereka. Kemudian saya dikelilingi dengan banyak hutang yang tak habis bayar lagi serta tanggungjawab saya kepada ibu yang tinggal bersama.

“Lelaki kalau dengar nama saya, semua risau sebab wajah dan perangai saya umpama ‘sesumpah’,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku menolak dakwaan, kononnya dia sengaja meraih perhatian susulan foto dan video memperlihatkan dirinya seolah-olah sedang melangsungkan perkahwinan tular.

“Saya tiada niat nak raih perhatian atau tenggelamkan perkahwinan sepupu saya. Ramai yang salah sangka dengan video yang saya kongsikan walaupun di ruangan kapsyen saya sudah nyatakan perkataan ‘dari dia bersendirian, kini telah berdua’.

“Berita pernikahan itu turut mendapat perhatian anak-anak saya kerana mereka sedang menduduki peperiksaan. Saya memilih untuk tidak menjawab pada ketika itu sebab sedang sibuk uruskan perkahwinan sepupu.

“Cuma bila kisah itu tular saya rasa sangat terharu dan dihargai oleh peminat dan pengikut yang tidak henti mengirimkan doa yang baik-baik buat saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

 

Sekadar info, bekas pengacara Melodi ini pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Bagaimanapun pasangan ini sah bercerai pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21 dan Puteri Mia Maizura, 19.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Feb 2021
Trending Fri, 10 Apr 2020
TECH Thu, 11 Oct 2018

Cara Untuk Membatalkan E-mail Yang Telah Dihantar

Kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

James五月将再来马!宣传全新EP《The Light》

James五月将再来马!为他的全新EP《The Light》宣传。

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Tembam Dan Bertudung Bukan Halangan Jadi Ratu Cantik England!

Walupun kurang yakin dengan bentuk fizikal berisi dan berhijab, Maria Mahmood nekad menghantar penyertaan selepas dimaklumkan pihak penganjur bahawa peringkat tersebut tiada pusingan memakai pakaian renang dan halangan saiz badan.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Jamal Abdillah Bawa Konsert 3 Suara Ke Ipoh

Tiga penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani bakal berkongsi semula pentas untuk konsert 3 Suara pada 6 April depan. Menurut Dato Jamal selaku penganjur dari Binjamal Event Sdn Bhd, beliau memaklumkan pihaknya akan […]

error: Content is protected !!