Euforia Bola 2026
Drama By: Fatin Nurain May 30, 2024 @ 5:24pm

Mak Cun, Mai Singgah! Kini Hanya Di Tonton

Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! hasil terbitan Rumah Karya Citra yang diarahkan oleh Bahri Uma telah mula ditayangkan pada 23 Mei 2024.

Drama bersiri komedi 12 episod ini juga boleh ditonton menerusi platform penstriman Tonton yang menyiarkan dua episod setiap hari Khamis.

Lebih menarik lagi, drama ini juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Erma Fatima, Datin Seri Umie Aida, Dato’ Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, dan ramai lagi. Pelakon-pelakon handalan Nad Zainal, Ogy Ahmad Daud, Adlin Aman Ramlie, Ziana Zain, Mustapha Kamal, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi turut mewarnai lagi musim baru ini.

Sedikit mengenai drama ini, Mak Cun (Eirma Fatima) terkenal dengan perniagaan Mak Cun Mart yang menjadi hab usahawan tempatan bagi memulakan bisnes mereka.

Tak cukup dengan kerenah pekerjanya yang bukan sahaja melarikan diri dan mencuri duit dari kedainya, Mak Cun juga sering mendapat aduan daripada Baim (Bima Samudra) mengenai pemilik kedai roti dan Cik Pah (Datuk Fauziah Ahmad Daud), pemilik kedai butik berhampiran.

Lebih rumit lagi, muncul pula usahawan wanita baharu dan penyanyi terkenal Ishalana (Ziana Zain) yang telah menapakkan perniagaannya berhampiran Mak Cun Mart sekali gus memberi impak yang sangat menjengkelkan kepada Cik Pah.

Mak Cun, Cik Pah dan juga Baim merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedai mereka. Adakah ia berpunca daripada buatan orang yang dengki terhadap mereka? Atau adakah perniagaan mereka bertiga disihir?

Berjayakah Mak Cun menghadapi segala kerenah dan juga musibah yang bakal melanda perniagaannya?

Jangan lupa saksikan Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang telah mula ditayangkan 23 Mei 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Nov 2018

38 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Masih Sedondon Sampai Sekarang

Alahai, comelnya atuk & nenek ni. Ni baru betul-betul sehati sejiwa!

Kisah Viral Sat, 8 Jun 2024
Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?

Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Pernah ‘Depressed’ Tak Dapat Sambutan, Riz Zaizizi Bikin ‘Comeback’ Dengan Lagu Raya ‘Bulan Dah Nampak’

Riz Zaizi kini kembali mewarnai dunia seni dengan single raya terbaharunya berjudul, ‘Bulan Dah Nampak’.

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Hadiahkan Barangan Peribadi Untuk Peminat, Konsert Wings The Rock Emperor Bakal Gegarkan Pulau Pinang 24 Februari Ini!

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang” – Wings

error: Content is protected !!