Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 24, 2018 @ 3:16am

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Oleh kerana anak sering mengadu nama ayahnya sering diejek rakan-rakan di sekolah, dia nekad menukar namanya!

Daripada Kentut ke Ihsan Hadi, seorang lelaki melakukan sujud syukur di kamar mahkamah apabila Mahkamah Negeri Tangerang, Indonesia akhirnya menunaikan permintaannya untuk menukar nama!

Lapor Jakarta Post, Hakim Elly Istianawati, membaca keputusannya, semalam.

“Alhamdulillah, mahkamah membenarkan permintaan saya untuk menukar nama, saya sangat gembira, saya akan berasa lebih yakin dan anak saya tidak akan berasa malu lagi kerana bapanya sekarang mempunyai nama yang cantik,” kata penjual mi berusia 30 tahun itu.

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya.

Menurut Ihsan, bapanya, tanpa sebab yang jelas, memutuskan untuk menamakannya Kentut ketika dia dilahirkan iaitu pada tahun 1988 di Surakarta, Jawa Tengah.

Ihsan berkata sejak dari kecil lagi dia mahu mengubah namanya tetapi tiada seorang pun di kampungnya tahu prosedur undang-undang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Featured Tue, 15 Jul 2025
Featured Fri, 13 Jan 2023

Hadir Dengan ‘Hukum’, Hariz Danial Mula Bina Nama Dalam Industri Muzik

Juara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-3, Hariz Danial tampil dengan single pertamanya berjudul Hukum hasil garapan komposer terkenal, Sirkhan Danial bersama Ibnu Rinkarnaen. Menurut Hariz, dia sangat bersyukur diberi peluang untuk mengeluarkan […]

Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke […]

error: Content is protected !!