Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 1, 2022 @ 11:30pm

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi.

Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) ini diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan, Altimet dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

SFMM36 dimeriahkan oleh NOIR Where The Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, jom semak 12 lagu yang berjaya melangkah ke AJL36:

MIMPI – HAQIEM RUSLI
KOMPOSER: HAQIEM RUSLI & DATUK A.AIDA
LIRIK: HAQIEM RUSLI & DATUK A.AIDA

SEPI – AINA ABDUL
KOMPOSER: AINA ABDUL
LIRIK: AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

NAFAS CINTA – KHAI BAHAR & AINA ABDUL
KOMPOSER: KHAI BAHAR & AINA ABDUL
LIRIK: AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

BONEKA – ERNIE ZAKRI
KOMPOSER: OMAR K, IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
LIRIK: OMAR K, IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

PURNAMA – NAIM DANIEL
KOMPOSER: AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL
LIRIK: AMZAR RAZQA

PELUKAN ANGKASA – SOG X SHILA AMZAH
KOMPOSER: RAJA NAZRIN SHAH
LIRIK: FAZLEENA HISHAMUDDIN

INTAN PAYUNG – NORANIZA IDRIS & BUNGA
KOMPOSER: LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA
LIRIK: BUNGA & SIQMA

SALAHKU – YONNYBOII
KOMPOSER: YONNYBOII
LIRIK: YONNYBOII

AEWO – SHIHA ZIKIR FT NOKI
KOMPOSER: EZRA KONG
LIRIK: EZRA KONG & NOKI

LARA – HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
KOMPOSER: HAEL HUSAINI & MFMF
LIRIK: HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

ANGKARA – SITI NORDIANA
KOMPOSER: SHARON PAUL
LIRIK: FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS

CINTA – MARSHA MILAN
KOMPOSER: BUNGA CANTIK & HANG NADIM
LIRIK: HANG NADIM

Sepanjang SFMM36 berlangsung, peminat telah mengundi lagu kegemaran mereka di pusingan separuh akhir dengan mengimbas QR Code sewaktu siaran langsung.

Lagu Nafas Cinta nyanyian Aina Abdul dan Khai Bahar dipilih sebagai Lagu Pilihan Noir dan memenangi set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Trending Sun, 14 Jan 2024

Netanyahu Bertegas Teruskan Perang – “Tiada Yang Dapat Halang Kami, Sama Ada The Hague, Sy*itan Atau Sesiapa Pun”

Terkini, jumlah kematian penduduk Palestin meningkat kepada 23,843 orang manakala 60,317 orang mengalami kecederaan.

Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Featured Sun, 24 Apr 2022
Trending Mon, 27 Nov 2017

YOU SHOULD CHECK OUT EDDIE PUTERA’S INSTAGRAM!

Eddie Putera brings art to a whole new level!

Trending Thu, 8 Mar 2018

Ku sangkakan kucing, bayi rupa-rupanya!

Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau dan ketika itulah, bayi berkenaan dijumpai…

error: Content is protected !!