Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2024 @ 1:35pm

Janjikan Persembahan Luar Biasa & Bakal Ada Pelbagai Kejutan, ‘Konsert DOLLA Re:Birth The Experience’ Pamer Kelahiran Sisi Baharu Dolla Ogos Ini!

Kumpulan wanita terkenal, Dolla akhirnya bakal mengadakan Konsert DOLLA Re:Birth The Experience pada 3 Ogos, 2024 bertempat di Zepp KL.

Salah seorang ahli anggota Dolla, iaitu Tabby berkata konsert tersebut adalah untuk memberi satu penghargaan dan pengalaman manis terhadap peminat mereka iDollas yang selama ini tidak henti memberikan sokongan semenjak kemunculan mereka sekitar 2019.

“Saya berharap konsert ini dapat menjadi pengalaman dan kenangan buat semua iDollas yang akan menghadiri konsert itu.

“Matlamatnya adalah untuk mereka bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya.

“Kami berhasrat mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami,” katanya.

Sementara itu, mengulas lebih lanjut Amgel berkata konsert tersebut dianggap sebagai kelahiran semula kumpulan Dolla yang lebih segar dan baharu.

Malas, Angel turut berkata mereka bakal mempersembahkan lagu-lagi dan koreografi tarian yang berbeza daripada sebelumnya.

“Konsert DOLLA ini akan menjadi era baharu, kelahiran semula DOLLA. Kami sedang menyediakan susunan lagu DOLLA yang baru dan segar untuk konsert itu.

“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini! Ia akan menjadi pengalaman yang penuh emosi dan istimewa untuk iDollas,” kata Angel.

Dalam pada itu, Sabronzo juga menceritakan mengenai visi baharu Dolla yang merangkumi keberanian, iaitu satu evolusi yahg menangkap intipati keperibadian mereka sehingga hari ini.

“Kami bakal melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan menghindari segala rintangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Ini bukan sekadar konsert. Ini adalah pernyataan dedikasi kami untuk sentiasa berkembang berserta peluang tanpa had di hadapan. Kami teruja untuk memberi peluang kepada semua yang telah bersama kami untuk mentakrifkan semula DOLLA yang baharu,” kata Sabronzo.

Konsert DOLLA bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.combermula 30 Mei 2024 (Khamis).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Tidak Dikenali Oleh SMDX, Dolla Tak Terasa Hati… Terbuka Untuk Jalin Kolaborasi – “Perkara Tu Remeh, Jadi Jangan Gaduh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Filem Wed, 15 May 2024
Featured Mon, 24 Feb 2025
Trending Mon, 26 Jul 2021
Hiburan Thu, 10 May 2018

Miranda Kerr Timang Anak Lelaki Kedua

Supermodel terkenal Miranda Kerr selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

error: Content is protected !!