Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 7:55pm

Single Berada Di Kedudukan No 1 Carta Lagu Radio Indonesia, Roslan Shah Bersyukur & Terharu… Bakal Muncul Buah Tangan Baharu Ogos Nanti

Penghibur serba boleh, Roslan Shah bersyukur single Rojak Maznah Ke Tuu berada di kedudukan nombor satu carta lagu di Radio Cakra FM, Bandung atas hasil undian peminat.

Menurut Roslan, dia terharu lagu itu mendapat sambutan di Indonesia dan mempunyai kelompok peminat tersendiri di sana.

“Ini semua merupakan rezeki yang tak diduga yang diberikan Allah sehingga lagu Rojak Maznah Ke Tuu sampai ke tahap ini. Berada di kedudukan nombor 1 di Radio Cakra FM, Bandung atas hasil undian peminat di sana membuatkan saya bersyukur. Lagu ini dicipta oleh Dickry dari Indonesia dan Akie The Flow dari Singapura.

“Tak sangka lagu ini disukai peminat kerana irama catchy dan lirik yang lucu. Pada mulanya, lagu ini dipromosikan di Batam, Riau. Sejak itu, radio-radio lain di Jakarta dan Bandung meminta lagu itu dari Dickry dan Akiey.

“Apabila pihak pengurusan artis di Indonesia, Hafiz Maulana memberikan lagu Rojak Maznah Ke Tuu, pihak radio di sana suka dengan lagu ini.

“Pada awalnya, lagu ini berjaya masuk carta dan berada di tangga ke-15 dan lama kelamaan, ia mendaki carta, sehingga berjaya meraih tempat pertama. Saya rasa terharu dan terkejut dengan penerimaan ini,” katanya.

Tambah Roslan, dia bakal berkunjung ke Bandung atas undangan stesen radio di sana serta bakal bertemu peminat Indonesia yang selama ini menyokong.

“Insya-Allah, pada bulan Jun ini, saya akan ke Bandung atas undangan mereka. Saya akan berjumpa dengan peminat yang selalu mengundi lagu saya di sana. Saya rasakan ini hikmah untuk saya yang sentiasa bersabar menghadapi cacian haters.

“Jika arwah ibu saya masih ada, pastinya dia menjadi orang yang paling gembira dengan berita ini. Kalau dia masih ada, ibu menjadi insan yang sama-sama menadah tangan dengan saya bersyukur sekiranya ada berita gembira. Saya masih ingat dengan pesanan arwah ibu yang mahu saya terus memandang ke hadapan tanpa menghiraukan kata-kata nista orang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Roslan turut mempunyai perancangan untuk muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika diizinkan oleh Tuhan, saya akan merakamkan single terbaharu selepas lagu Rojak Maznah Ke Tuu dan saya masih mengekalkan khidmat komposer sama. Jika tiada aral melintang, saya bakal ke studio rakaman pada Julai nanti dan single itu akan menemui peminat pada Ogos,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Thu, 13 Feb 2020
Featured Wed, 24 Apr 2024

Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

Alhamdulillah, akhirnya urusan kedua belah pihak dipermudahkan💙

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Nam Ron Tolak Watak P*dofilia Demi Jaga Emosi Diri

“Saya terpaksa tolak watak itu, bagi saya, ia akan menyakitkan secara dalaman” – Nam Ron.

Featured Mon, 18 May 2026

Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Amir Ahnaf mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Ramai Artis Buka Tudung, Apa Komen Mira Filzah?

Pesan Mira, bagi yang nak pakai tudung, cuba ikhlaskan dan tenangkan hati…

Drama Tue, 1 Apr 2025

Tampilkan Lakonan Hebat Faizal Hussein, ‘Pondok Abuya’ Bakal Meruntun Jiwa

Telefilem Pondok Abuya bakal meruntun jiwa penonton.

Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

error: Content is protected !!