Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 9:00pm

Kolaborasi 2 Ikon Muzik Malaysia! M. Nasir Bergabung Dengan Faizal Tahir Dalam Campak Bintang

Sebuah sejarah dilakarkan untuk industri muzik apabila dua ikon muzik Malaysia, Datuk M. Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru mereka berjudul Campak Bintang.

Campak Bintang adalah sebuah karya menyatukan pop dengan warisan budaya melayu yang membuktikan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional.

Dengan gabungan kreatif dari mereka yang tak tertandingi, mereka telah menyatukan irama dan sentuhan ikonik dalam sebuah lagu yang mencengkam hati dan merentasi generasi.

Menurut Faizal, Campak Bintang yang merupakan hasil ciptaannya sendiri bersama Romeo, Glowrush dan Karim Karam mempunyai maksud tersendiri.

“Single ini merupakan sebuah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga. Mengenai pemilihan M. Nasir untuk menjadi rakan duet, ia merupakan sesuatu yang besar dan keputusan ini tidak dilakukan sebarangan.

“Kami merasakan kehadiran M. Nasir sangat diperlukan dengan kehendak lagu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. M. Nasir dan Luncai Emas memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, M. Nasir menyifatkan Faizal sebagai pengkarya baharu yang melahirkan naskhah berkualiti sejak muncul di persada muzik tanah air.

“Dunia muzik telah digegarkan oleh bakat seperti Faizal dan hampir juga ia diselamatkan generasi ini. Lega kerana ada sang pengkarya yang tidak habis-habis melahirkan karya-karya baru yang berkualiti sejak kemunculannya.

“Lagu Campak Bintang diterbitkan dengan kolaborasi antara Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas. Naskhah ini merupakan sumbangan kami berdua dan ia merupakan satu manifestasi,” kata M Nasir.

Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya pula telah bersiaran di saluran YouTube Faizal Tahir pada 3 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Nov 2025

Artis, Krew ‘Kerasukan’ Ketika Jalani Penggambaran Filem Seram? Shuhaimi Lua Dakwa Wanie Ooi & Noralbaniah Terkena Gangguan

Shuhaimi Lua mendakwa pelakon serta krew mengalami gangguan ketika menjalani penggambaran filem Manrobbuka.

Trending Tue, 26 Jan 2021

Peruntukkan 293 Juta Dari Air Selangor, Turunkan Kadar Air Tak Berhasil

Air bersih, kualiti hidup terjamin. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah air di Selangor yang menyusahkan rakyat

Featured Wed, 13 Apr 2022

“Pergi Buat Hal Di Tempat Lain” – Isteri Justin Bieber Rayu Peminat Selena Gomez Untuk Jangan Menganggunya!

Hailey Bieber sudah muak dengan komen-komen yang mengaitkan tentang suami dan bekas teman wanitanya itu.

Trending Mon, 7 Dec 2020
Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 23 May 2025
Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

error: Content is protected !!