Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 9:08pm

Band Cokelat Kembali! Bakal Bikin Konsert September Ini Di Zepp KL

Kumpulan muzik Indonesia, Cokelat bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 ini mahu mengubat kerinduan pemiant di negara ini.

Kikan mewakili Cokelat berkata, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas.

“Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia.

“Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat. Bagi mereka yang mahu mengubati kerinduan terhadap Cokelat, konsert ini kami hadiahkan untuk anda,” ujar vokalis itu lagi.

Sementara itu, , Rosden Rahmat selaku Pengarah Tanjak Global Services yang merupakan penganjur konsert berkata, persembahan itu adalah kejutan buat peminat Cokelat.

“Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang.

“Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,” katanya.

Antara lagu-lagu popular Cokelat adalah Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi.

Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (per pax) (8 pax per room) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?

Trending Sun, 23 Sep 2018

「10个睡梦冷知识」醒不过来是身体瘫痪啦!

你常做梦吗?每次做梦醒来,你还能记得多少梦境内容?关于大脑在夜晚的运动,到底蕴藏着什么秘密?

Featured Tue, 20 Feb 2024

Tular Video Berbusana Pengantin, Ziana Zain Dah Nikah? Ini Penjelasan Pengurus

Harap tiada lagi spekulasi yang timbul berkenaan perkahwinan Ziana Zain okay!🤧

Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Trending Sun, 10 Apr 2022
Trending Thu, 26 Jul 2018

Gara-Gara Wajah Seiras Khairy Jamaluddin, Syafiq Khairil Mula Diburu

Bukan saja raut wajah mereka seakan sama, mereka juga berkongsi hobi bersukan yang sama.

error: Content is protected !!