Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 30, 2024 @ 5:12pm

8 Bulan Jalin Hubungan Dengan Jejaka Dari London, Thanuja Terbuka Kongsi Kisah Cinta – “Kami Ada Perancangan Untuk…”

Pelakon dan model Thanuja Ananthan mengakui dirinya sudah lapan bulan menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang jejaka yang berasal dari London.

Enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hati, Thanuja mengakui bahagia dan mempunyai perancangan bersama untuk masa hadapan.

“Ya, saya ada seorang yang special dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti macam mana dalam tempoh setahun dua ini.

“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal daripada London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan,” katanya.

Terbuka berkongsi soal hati, Thanuja sempat berkongsi kriteria yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki itu.

Menurut Thanuja, teman lelakinya itu seorang yang memahami dan sudi menerimanya seadanya.

“Saya suka dia sebab dia faham kerja saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan pencinta haiwan seperti saya. Dia faham saya.

“Tambahan saya sejenis yang open minded dan lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti ini,” jelasnya.

Ditanyakan tentang mengapa tidak memilih jejaka di Malaysia, bekas Miss World Malaysia 2009 itu menyatakan rata-rata lelaki di sini takut mendekatinya kerana ketinggiannya.

“Saya ni sukar untuk dating dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tak memilih, saya okay sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” ujarnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Thanuja ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Padu The Movie yang bertempat di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, malam tadi.

Artikel Berkaitan: Rungkai Kisah Benar Pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia, Padu The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam 6 Jun Ini

Tambah Thanuja, teman lelakinya itu lebih berusia lapan tahun berbandingnya dan sudah pun menetap di Malaysia.

Berbicara lebih lanjut, Thanuja memberitahu lelaki tersebut lapan tahun lebih berusia daripadanya.

“Sebenarnya dia dah pencen dan menetap di Malaysia. Kami rajin melancong bersama-sama seandainya jadual saya tidak sibuk,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Faye Kusairi Mahu Berjumpa Elly Mazlein?

Faye Kusairi yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Azmi Hatta turut meluahkan rasa syukur kerana kemelut antara suaminya dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein akhirnya berakhir

Featured Mon, 17 Feb 2025

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Saya pun nak nangis sebab teringat arwah Sarah pernah beraksi di stage itu.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025

Pendidikan Tinggi, Tapi Pilih Jadi Suri Rumah? Leona Anggap Satu Pengorbanan Hebat

Leona tak setuju pemikiran rugi wanita berpelajaran hanya jadi suri rumah

Hiburan Wed, 23 Apr 2025

Netizen Kritik Penampilan Seksi Daiyan Trisha – “Mengucap Banyak-Banyak”

Daiyan Trisha sekali lagi dikritik seksi, tak jaga aurat lepas balik Umrah

Featured Sat, 25 May 2024

Warganet Sifatkan Tak Sesuai Pakai Baju Tonjol Dada Kerana Baru Balik Umrah, Ruhainies Kena Kecam

Wow! tak pernah lagi tengok Ruhainies pakai macam ni❤️🔥

error: Content is protected !!