Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 30, 2024 @ 7:56pm

“Tak Pernah Kacau Boyfriend Dia Atau Menyondol Pun” – Amy Nur Tinie Bengang Aktres Wanita Cuba Tutup ‘Periuk Nasi’ & Suka Cakap Buruk?

Pelakon dan model, Amy Nur Tinie memuat naik sebuah hantaran panjang mendakwa seorang pelakon wanita sudah banyak kali bercakap buruk di belakangnya.

Menerusi hantaran tersebut, Tinie bertambah berang apabila pelakon wanita tersebut seakan cuba menutup ‘periuk nasinya’.

Amy Nur Tinie

Beri penjelasan lanjut mengenai hantarannya itu, Tinie menyatakan bahawa dia tidak menyangka pelakon tersebut bersikap talam dua muka dengannya.

Lebih parah, aktres wanita yang Tinie maksudkan itu juga bertindak menghasut penerbit lain untuk tidak bekerjasama dengannya.

“Secara jujurnya, saya sudah banyak kali dengar dia cakap belakang saya. Kata saya gediklah, saya over lah tapi saya jenis orang yang tak suka serabut, nak bergaduh… jadi saya abaikan walaupun saya dah tahu dia bercakap buruk pasal saya pun, kami jumpa untuk shooting dan event pun saya tak ada nak bermusuh, saya hanya jadi profesional.

“Semalam saya dapat maklumat dan bukti yang mengatakan dia cakap buruk tentang saya satu hal. Kedua, sampaikan dia tengah shoot dengan satu production dan dia cakap pada production itu jangan ambil saya sebab dia tak suka saya ada di set yang sama dengannya.

“Saya anginlah bila benda ini melibatkan kerja dan periuk nasi saya. Saya pun tak suka nak kontroversi nak post perkara begitu di media sosial tapi dia dah melampau. Jadi, saya harap dengan tindakan saya kongsikan dekat media sosial ni dia akan makan cili dan terasalah. Cukup bagus saya tak dedahkan nama dia,” kata Tinie ketika dihubungi XTRA.

Malah, Tinie sendiri tidak mengetahui apa yang pelakon tersebut tidak berpuas hati dengannya dan tidak pernah mengganggu kehidupan aktres itu.

“Saya sendiri pun tak tahu apa yang dia tak puas hati sebab kami shoot pun baru tiga kali sama-sama itu pun tak banyak scene bersama. Dekat set pun kami tak ada gaduh, tak ada bermasam muka… saya cuma jadi diri saya dan jadi friendly.

“Saya tak pernah mengata dia belakang-belakang, saya tak pernah mengacau boyfriend-boyfriend dia ke menyondol ke tak ada. Saya pun tak faham apa yang dia tak puas hati sangat,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Tinie enggan mendedahkan lagi identiti pelakon wanita tersebut kerana masih mempunyai rasa kasihan.

Namun begitu, dia juga meminta pelakon itu untuk berhenti burukkan orang lain dan mengajak pelakon itu untuk bertentang mata.

“Berhentilah memburuk-burukkan orang yang dia tak puas hati. Tak kisahlah bukan saya ke orang lain ke. Saya dengar dia ada cakap pasal orang lain jugak tapi itu antara dia dengan orang itu. Tapi, antara dia dengan saya… kalau betullah dia ada benda yang tak puas hati sangat-sangat then she has my number. Mari berdepan dengan saya.

“Dia pelakon baharu tak juga, pelakon senior pun tak juga tapi saya rasa dia mula berlakon dahulu daripada saya. Saya rasa dia mula berlakon sebelum lockdown,” tegasnya lagi kepada XTRA.

Artikel Berkaitan: Manis Bertudung Di Sebuah Acara, Amy Nur Tinie Dah Berhijab?

Artikel Berkaitan: Ikon Wanita Melayu, Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Juara!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Aug 2018

Media Prima Berhad Raih Anugerah Spark 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sekali lagi meraih Anugerah Spark 2018 sekaligus mendapat kepujian antara Syarikat Media Terbaik Asia Tenggara

Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Menampilkan Kyuhyun & Ahof, K-Sarang Super Concert 2026 Bawa Kehangatan K-Pop Ke Malaysia April Ini!

Acara muzik berskala besar itu akan menampilkan dua nama yang cukup dekat dengan peminat, iaitu vokalis terkenal Super Junior, Kyuhyun dan kumpulan K-pop yang semakin meningkat naik, AHOF.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Tak Suka Wanita Kahwin Suami Orang – Che Ta

Kita takut esok orang ambil laki kita , itu pasal kita benci orang yang rampas suami orang.

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Erma Fatima Syukur ‘Buah Hati’ Terselamat

Erma Fatima bersyukur Allah menyelamatkan Zareef Yusof yang berusia sembilan tahun, daripada kecederaan.

Hiburan Wed, 8 Jan 2025

CSOIAM: Cikgu Sarah Ismail Ramal Kai Deva, Rezza & Zazzleen Mungkin Berdepan Cabaran Besar Pada Minggu Keempat

Sarah Ismail menyebut beberapa nama yang mungkin berdepan berdepan cabaran besar untuk minggu keempat CSOIAM dan antaranya adalah Kai Deva, Rezza dan Zazzleen.

error: Content is protected !!