Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 5, 2018 @ 10:45am

TERKINI; Polis Temui Mayat Wanita Dikerat Di Sungai Gombak

Ngeri! Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah bag di mana anggota badan mayat itu dikerat beberapa bahagian.

Polis menemukan dua dua bagasi berasingan dan diletakkan di tebing Sungai Gombak di Jalan Ipoh di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Difahamkan, anggota badan wanita yang dikerat itu dimasukkan ke dalam dua bagasi berasingan selepas satu daripadanya ditemui seorang lelaki sedang menyiram pokok yang terlihat kaki terkeluar dari sebuah bagasi itu.

Pemeriksaan polis di lokasi menemui sebuah lagi bagasi terletak kira-kira 50 meter dari lokasi bagasi pertama yang ditemui lelaki berkenaan.

Pihak polis turut menemui sebuah bagasi mengandungi pakaian di tebing bersebelahan dengan lokasi penemuan bagasi pertama, namun disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

Pemeriksaan terhadap bagasi pertama menemui bahagian tangan, kaki dan kepala, manakala bagasi kedua pula mengandungi bahagian badan.

Pihak bomba turut berada di lokasi bagi membantu polis membawa keluar mayat berkenaan kira-kira jam 2 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada dua lelaki dan seorang wanita dipercayai gelandangan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada anggota badan yang ditemui dalam kedua-dua bagasi berkenaan adalah daripada individu yang sama.

“Malah, identiti dan jantina mayat berkenaan belum dapat dikenal pasti secara sah,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Tambah Rudy, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta membuat laporan di balai polis berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Untuk berita lanjut, terus menonton Buletin Utama jam 8.30 malam ini atau saksikan catch up TV di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 May 2018

Asyik Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Terlepas Dari Gendongan Ibu

Ibu bapa terlalu leka berselfie, akibatnya bayi 10 bulan meninggal dunia.

Trending Wed, 20 Apr 2022

Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Penceramah bebas melakukan amang seksual fizikal ke anak rakannya ditahan.

Featured Mon, 8 Feb 2021

Kajian Terbaru Dedah 81% Rakyat Malaysia Bimbang Hilang Kerja Akibat COVID-19

Diharapkan masalah pengganguran dapat diselesaikan..

Featured Sun, 6 Nov 2022
Featured Wed, 26 Feb 2025
Trending Tue, 6 May 2025

KSIA Perluas Empayar di Asia Tenggara Menerusi KamiSempoi Golden Award 2024, Perkenal Label Muzik Sendiri

KSIA bakal menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 pada 12 Mei ini di Galaxy Banquet Hall, Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!