Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 27, 2022 @ 2:52pm

Jom Menyimpan! Nikmati Hadiah Menarik Dengan Menabung Di Simpan SSPN Aidilfitri ini

Budaya mengumpul duit raya pasti menjadi detik terindah yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak setiap kali tiba hari raya.

Duit yang terkumpul kadang kala mampu mencecah ratusan malah ribuan ringgit sedikit sebanyak mengukir senyuman di wajah mereka.

Dalam fikiran, sudah terbayang mainan yang bakal dibeli atau perkara yang ingin dilakukan menggunakan duit berkenaan.

Jadi sebagai ibu bapa, kita hendaklah memupuk ilmu mengenai simpanan sejak mereka kecil supaya anak-anak peka dan bijak menguruskan wang sekali gus celik dalam merancang kewangan apabila dewasa kelak.

Paling mencuit hati di hari raya, ada sahaja gelagat nakal adik beradik yang saling mengusik mahu berkongsi hasil duit raya terkumpul tetapi malang umur sudah melepasi had pemberian duit raya.

Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini ketika perayaan Aidilfitri? Pasti anda dapat memahaminya selepas menonton video Raya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) sempena kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022.

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 diteruskan pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama untuk simpanan semasa musim perayaan.

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 dianjurkan di Peringkat Negeri yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM160,000.

Ia terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus bermula 15 April sehingga 31 Mei 2022.

Setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada 22 pemenang bertuah iaitu TV Pintar 4K 50 inci, vakum tanpa wayar, seterika wap dan duit raya bernilai RM200.

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu cabutan secara automatik.

Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dan tidak membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun ini daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen.

Pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik, malah akan menikmati pelbagai manfaat dan keistimewaan Simpan SSPN yang disediakan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah.

Lebih menarik, Simpan SSPN Plus turut menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1.2 juta dan khairat kematian bagi pendeposit, pasangan dan lima orang anak.

Manakala, Simpan SSPN Prime pula menawarkan Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan anak diterima dan mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian melalui www.lovesspn.com atau melalui aplikasi mudah alih myPTPTN.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Dec 2024
Hiburan Tue, 15 Apr 2025

Syazwan Zulkifly Kembali Bertaut Cinta Dengan Bekas Tunang, Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini

Syazwan Zulkifly kembali bertaut dengan bekas tunang, kekasih serasi dengan arwah ibu

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Merayu Angan mengadun emosi cinta menerusi gabungan rap dan jiwang leleh.

Hiburan Fri, 24 Oct 2025

Shila Amzah Titip Nasihat Buat Pasangan Baru Timang Anak – “Jangan Letak Tekanan Pada Diri Sendiri”

Shila Amzah selalu menangis semasa berpantang, alami ‘baby blues’ yang teruk

Hiburan Thu, 14 Mar 2024

“Tak Kisah Dikritik Terpaling Bapa, Konon Nak Rebut Awak” – Fizi Ali Titip Ucapan Untuk Ameena Sofia

Alahai sebaknya.. Happy birthday Ameena! Moga membesar jadi anak yang baik

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Trending Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!