Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 15, 2025 @ 7:42pm

Syazwan Zulkifly Kembali Bertaut Cinta Dengan Bekas Tunang, Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini

Pelakon versatil, Syazwan Zulkifly, mengesahkan bahawa hubungan cintanya bersama bekas tunang yang juga seorang pramugari, Syawariah Zulkifli, kini kembali mekar.

Menerusi temu bual bersama XTRA, Syazwan, 38, menyatakan kemungkinan besar dia akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, sekiranya semuanya berjalan lancar.

Menariknya, pelakon filem popular Blood Brothers ini turut berkongsi dia sengaja merahsiakan perkembangan hubungan mereka daripada pengetahuan umum atas sebab-sebab peribadi.

“Insya-Allah tahun ini (kami akan berkahwin), jika tiada aral melintang. Kami sebenarnya sudah berbaik sejak tahun 2020, tahun yang sama kami putus tunang.

“Hubungan ini sudah lama terjalin semula, cuma saya memilih untuk tidak menghebahkan kepada umum. Kita tunggu dan lihat dulu apa yang bakal terjadi, sebab sebelum ini pun sudah bertunang tapi akhirnya tidak menjadi,” ujarnya.

Syazwan berkata demikian ketika ditemui di satu sidang media khas Blood Brothers yang berlangsung pada malam Isnin.

Ketika ditanya mengapa mereka kembali bersama, Syazwan menyatakan bekas tunangnya itu sangat serasi dengan arwah ibunya dan hubungan mereka telah pun direstui sejak dahulu lagi.

“Sebenarnya kami pun masih dalam proses memikirkan masa depan hubungan ini. Perpisahan dulu pun hanya berpunca daripada hal kecil ketika PKP, termasuk soal kucing dan sebagainya.

“Namun yang paling menyentuh hati, arwah ibu saya sangat menyenangi dan selesa dengan dia. Malah, sebelum arwah meninggal, kami memang ada perancangan untuk berkahwin,” katanya lagi.

Imbas kembali, Syazwan dan Syawariah pernah mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019, selepas menjalinkan hubungan erat selama hampir sedekad.

Namun, ikatan itu terlerai pada 31 Mac 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Nov 2018

Elyana Dapat Anak Kedua?

Hatimu Elyana sungguh murni, menjaga Tulus dan mengambilnya walaupun sedar yang dia anak syurga

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Pernah Kelar Tangan, Azam Smile Kongsi Pengalaman Depresi

Semoga cepat sembuh Azam & good luck untuk Atas Cintamu. Jom request di radio Hot & Kool FM hari ini!

Events Thu, 3 Nov 2022

Tampil Dengan Kelainan, Konsert 4 Dekad Slank Ubat Rindu Peminat Malaysia

Kumpulan rock Indonesia, Slank akan menemui peminatnya di Konsert 4 Dekad Slank di Kuala Lumpur pada 19 November 2022. Bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur, Slank akan tampil dengan beberapa kelainan yang pasti akan […]

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

Suamiku Lebih Mengenali Diriku Dari Anda Netizen

“Sekurangnya Aku Tak Curang, Suami Kenal Baik Buruk Aku”

#TriviaXTRA Fri, 24 Oct 2025

“Tak Ada Siapa Boleh Nilai Dengan Tepat Kemurungan Lepas Bersalin” – Sarimah Ibrahim 

Ia boleh merosakkan banyak hubungan kecuali ibu itu sendiri sedar dan mendapatkan bantuan profesional,”- Sarimah

Featured Sun, 31 Dec 2023
Featured Sun, 21 Aug 2022
error: Content is protected !!