Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 1, 2024 @ 1:43am

Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Pasangan suami isteri yang merupakan ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, diberkas pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang meningggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun, butiran berkaitan penahanan terbabit belum diperoleh setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berkaitan tangkapan.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Trending Fri, 27 Jul 2018

Euwww! Bila Si Isteri Mengaku Kekasih Lebih Handal Di Ranjang…

Dan yang paling mengejutkan, wanita ini mengaku dia dan kekasihnya mengambil dadah. OMG, girl you really need help! 

Featured Tue, 21 Mar 2023
error: Content is protected !!