Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 4, 2024 @ 2:04pm

Selesai Jalani Pembedahan, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… Terharu Ramai Titip Doa – “Syukur Allah Beri Peluang Berkali-Kali”

Pelakon, Zara Zya berkongsi keadaan terkini selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Zara Zya menaklumkan dirinya kini sudah boleh duduk dan berjalan perlahan-lahan.

“Harini. saya dah boleh perlahan lahan duduk dan sedikit berjalan tau..

“Doakan saya terus kuat ye…,” tulisnya di IGs pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Zara Zya meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya.

Aktres drama rantaian popular Risik Pada Hati ini juga mengakui terharu apabila ramai pihak yang mendoakannya.

“Alhamdulillah… Syukur. Allah sentiasa beri saya peluang berkali kali.

“Allah sangat sayangkan saya. Dia mahu saya sentiasa ingat pada dia.. sebab itu dia hadiahkan ujian ini buat saya… Terima kasih Allah,” tulisnya.

“Ini juga berkat doa kalian semua. Tak sangka, ramai yang sayangkan saya.

“Terima kash sangat. Terharu saya…,” katanya.

Zara Zya

Pada 27 Mei lalu, Zara dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.

Artikel Berkaitan: “Pada Awalnya Nak Buat Check Up, Tapi Doktor Kesan Ada Beberapa Sakit Lain” – Bakal Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan, Zara Zya Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: “Selepas Buat Ujian MRI Baru Dapat Tahu” – Dikesan Alami Masalah Di Leher, Zara Zya Ditahan Di Wad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Saya Tak Pernah Pergi” – Nasha Aziz Kembali Aktif Di Media Sosial Selepas Tiga Tahun Menyepi

Haa dekat mana sayap-sayap Nasha semua? 🥰 Tak sabar nak tengok filem seram Talbis Iblis tak lama lagi 👹

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Lagi Bulan Di Mentor Milenia 2019, Apex Tajuddin Kekal Juara Kali Kedua

Minggu ini mereka akan berduet dengan artis jemputan, jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan protege-protege dan jangan lupa undi ok?

Featured Fri, 9 Dec 2022

Single ‘Hari Baru’ Pasya Jadi OST Kampung People 3

Penyanyi Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraf Fauzi kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Hari Baru. Lebih menarik lagi, lagu itu telah menjadi runut bunyi bagi drama Kampung People 3 yang disiarkan di slot Lestary […]

Trending Sat, 18 Dec 2021

Kemalangan Ragut Nyawa 9 Beranak Serentak, Remaja Sebak Hilang Ahli Keluarga – “Saya Terlalu Sayangkan Ibu”

“Saya terlalu sayangkan ibu.” Itu ungkapan anak ketiga mangsa insiden maut yang membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi. Dalam kejadian 11.45 […]

Featured Mon, 12 Jan 2026

Aisha Retno Menangis Lagu Ciptaannya ‘Kesuma’ Didendangkan Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Aisha mengakui tidak mampu menahan sebak apabila lagu yang ditulis dan dihasilkan bersama adiknya itu didendangkan secara langsung di hadapan kira-kira 65,000 penonton.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Luah Hasrat Menunggu Jodoh Dalam Single Terbaharu

Tajuk lagu ini ‘Gadis Yang Ku Tunggu’, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu…

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Hadiah Misteri Buat Nora Danish Selepas Berpantang

Orang kata reward selepas berpantang untuk Nora.

error: Content is protected !!